Dalam keadaan semua orang bercakap mengenai keruntuhan akhlak dan moral maka tiba-tiba berita 10 ribu tiket percuma untuk pelajar-pelajar sekolah Selangor menonton konsert yang akan berlangsung pada 6hb Julai 2008 oleh pihak penganjur.(Utusan Malaysia 19hb Jun 2008).

Apakah ini modal insan yang kita hendak lahirkan. Apakah ini rupa paras remaja sekolah yang kita hendak bentuk?. Sudah cukup Umno/BN menjahanamkan remaja dan belia melalui budaya yang tidak membangunkan intelektual dan jati diri rakyat negara ini.

Tiba-tiba kita pula meneruskan pula budaya ini maka hasilnya sama sahaja. Nanti keuntungan dan hasil mahsul negeri yang melimpah ruah ditarik oleh Allah SWT untuk mengubat penyakit remaja dan belia yang rosak, kerana meniru modul yang Umno/BN telah lakukan.

Allah boleh tarik nikmat dengan sekelip mata sahaja. Contohnya kerajaan BN/Umno sudah membelanjakan wang RM2.37B untuk PLKN kononnya bagi merawat masalah belia remaja di negara ini. Apakah kita tidak pernah mahu mengambil iktibar daripada apa yang berlaku.

Tahniah kepada Dewan Pemuda Pas Selangor yang membantah program konsert tersebut, Walaupun apa kecaman orang terhadap kita ini adalah lumrah perjuangan. Biar sejarah yang akan membuktikan bahawa tindakan kita adalah betul.

Generasi akan datang akan melihat inilah Pas yang tidak berkompromi dalam isu kemungkaran. Jangan pula mazhab lapok Umno diamalkan pula “hendak ramai belia datang maka kena panggil artis”. Lain kali pula hendak ramai buat ceramah panggil artis berada sama atas pentas, macam Umno buat selama ini. Ya Allah berikanlah kekuatan kepada hambamu untuk menegakkan amanah agama mu Ya Allah. Amin.

http://idrisahmad.wordpress.com