AZRINIZAM IBRAHIM

Sambutan 100 hari pemerintahan Khalid juga tidak mendapat sambutan dari ahli ahli PAS. Tidak sampai target 100,000 penonton pada sambutan itu. Nampaknya Nik Aziz dan Haji Hadi Awang sudah mula memboikot program program tajaan Khalid di Selangor. Apakah mereka tidak setuju dengan isu babi dan rumah ibadat bukan Islam yang semakin membesar di Selangor?

Mangsa terbaru Khalid: Yahya Shahri (Pegawai Kanan Menteri Besar Selangor, orang PKR). Mukanya begitu marah benar dengan Khalid Ibrahim.

Selepas memecat Pengarah Lembaga Muzium Negeri Selangor pada 9 Jun 2008 dan menggelarkan Maimunah Mohd Said sebagai artifak, pada 23 Jun 2008, Khalid sekali memecat orang.

Mangsa Khalid kali ini ialah Yahya Shahri (Pegawai Kanan Menteri Besar Selangor, orang PKR). Alasan Khalid ialah Yahya Shahri menyalahgunakan kuasa dan memonopoli pengagihan kontrak pembuangan sampah di Petaling Jaya.

Penyokong-penyokong Yahya telah pun membuat gerakan untuk menjatuhkan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar. Mereka merancang membuat piket, mengedar risalah dan menghantar memorandum kepada Anwar Ibrahim untuk menjatuhkan Khalid Ibrahim.

Yahya menyatakan Khalid Ibrahim hanya mementingkan kumpulan kroninya yang elit dan korporat. Yahya menyatakan golongan marhaein dan “R” kecil sepertinya dipinggirkan. “R” bermakna golongan reformasi bawahan seperti Hishamuddin Rais, Khairul Anuar Ahmad @ Jonah, Yahya dan Amin Iskandar yang mula dipinggirkan oleh kerajaan negeri Selangor. Malah Jonah tidak diiktiraf oleh Khalid Ibrahim selaku Ketua AMK Selangor.

Khalid Ibrahim dituduh mendapat komisyen dengan memberi projek rumah kedai kepada Lim Kim Hong (Kroni Khalid) di Seksyen 7, Shah Alam. Lim Kim Hong adalah bekas pemegang saham Kanzen Berhad dan Dreamland Holdings Bhd. Kini perniagaan Lim kembali aktif dengan pertolongan Khalid melalui syarikat Sumurwang Sdn Bhd dan i Bhd. Lim adalah funder Khalid sejak Khalid berada di Guthrie lagi. Apakah Lim juga menjadi funder projek kandang “sesuatu” di Sepang?

Ezam Mohd Noor pula menuduh Khalid mengutip derma daripada kontraktor kontraktor yang memohon projek di Selangor untuk sambutan 100 hari Pakatan Rakyat. Menurut Ezam duit yang diderma itu bukan untuk sambutan program sebaliknya dimasukkan ke dalam akaun PKR. Akaun yang mana satu? Akaun peribadi Khalid, akaun Lim atau akaun PKR?

Khalid mengakui bahawa dia memang mengutip derma daripada kontraktor dan wang itu dimasukkan ke dalam akaun parti. Dakwanya perbuatan sebegitu adalah tidak salah. Benarkah tidak salah?

Sambutan 100 hari pemerintahan Khalid juga tidak mendapat sambutan dari ahli ahli PAS. Tidak sampai target 100,000 penonton pada sambutan itu. Nampaknya Nik Aziz dan Haji Hadi Awang sudah mula memboikot program program tajaan Khalid di Selangor. Apakah mereka tidak setuju dengan isu babi dan rumah ibadat bukan Islam yang semakin membesar di Selangor?

Penyokong PAS beranggapan program itu dimonopoli oleh orang orang PKR sahaja. Tiada pun bendera dan logo PAS digantung semasa program. Orang PAS beranggapan Khalid mahu mempotretkan Anwar Ibrahim sahaja, bukan Nik Aziz dan Haji Hadi secara bersama.

Khalid Ibrahim pula menyalahkan PAS kerana cuba mensabotaj program sambutan dengan tidak memasang bendera mereka sendiri dan tidak hadir ke program tersebut. PAS pula menyalahkan Khalid memberi notis lewat iaitu satu hari sebelum program selain tidak berbincang terlebih dahulu dengan PAS untuk mengadakan sambutan.

Nampaknya orang orang PAS sudah mula sedar mereka hanya dikudakan sahaja oleh Khalid Ibrahim di Selangor. Khalid langsung tidak menghiraukan sensitiviti orang orang PAS bila menjemput Ella dan Mas Idayu ke stadium. Orang PAS mahukan Akil Hay dan Mawi bukannya Ella dan Mas Idayu. Nasib baik Khalid tidak jemput Inul Goyang Gerudi, kalau tidak yang penuh dalam stadium ialah penyokong Ellie Aboy kesemuanya.

Apakah selepas ini Khalid akan memecat pula Dollah Salleh kerana kalah perlawanan piala FA? Atau Khalid akan memecat Hassan Ali pula sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor?