Mymassa.com
Jika Anwar Ibrahim benar tidak meliwat Saiful Bukhari, mengapa Anwar Ibrahim perlu sembunyikan diri?. Ada tiga kenyataan yang berbeza tentang tempat persembunyian Anwar. Ada yang cakap di Quality Hotel, Kedutaan Turki dan yang paling menarik ialah kenyataan Syed Husin Ali (Timbalan Presiden PKR) yang menyatakan bahawa Anwar bersembunyi di satu tempat rahsia dalam negara ini. Jika benar ada ancaman terhadap nyawa Anwar, maka Anwar perlu membuat laporan. Mengapa hendak lari kalau tidak bersalah.

(Gambar: Flyers Saiful Bukhari semasa menjadi calon dalam pilihan raya kampus UNITEN bagi sesi 2006/

Saiful Bukhari menang dalam pilihan raya kampus dan dipilih menjadi Timbalan Presiden MPP UNITEN. Saiful Bukhari berasal dari Bandar Utama Utara, Subang. Ketika menjadi Timbalan Presiden, Saiful Bukhari diasak hebat untuk menunaikan janji mempercepatkan pinjaman PTPTN bagi pelajar-pelajar. Orang yang terbabit mengecam Saiful ialah Najwan Halimi (pelajar Ijazah Mechanical UNITEN, penyokong Anwar Ibrahim). Akibat tidak tahan dengan tekanan dan desakan pelajar, Saiful Bukhari lari dari UNITEN dan tidak menamatkan pengajian di UNITEN. Najmi Halimi terlalu obses kepada Anwar Ibrahim tapi cemburu dengan Saiful. Ini kerana Saiful yang terpilih dan rapat dengan Anwar Ibrahim. Saiful Bukhari baik dengan Rahimi Osman (Pegawai Pejabat Anwar Ibrahim, sepupu Najmi) ketika itu. Rahimi Osman seterusnya membawa masuk Saiful Bukhari sebagai pembantu khas Anwar Ibrahim. Saiful Bukhari telah membantu kempen Anwar semasa PRU12. Pihak pembangkang setakat ini sepakat mengatakan bahawa Anwar dianiaya. Benarkah Anwar kena aniaya? Jika ia benar-benar berlaku bolehkah penyokong PKR menerimanya dengan penuh ketenangan? Atau masih menyalahkan pihak-pihak lain (mahkamah dan polis) sebagai tidak adil kepada Anwar? Apakah Anwar keluar dari penjara pada 2005 dulu kerana mahkamah tidak adil?

Inilah gambar Saiful Bukhari Azlan (no. k/p 850706015687, 23 tahun, bekas Pembantu Khas Anwar Ibrahim). Saiful Bukhari Azlan telah membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Travers pada 28 Jun 2008 terhadap Anwar Ibrahim (Pemimpin De Facto PKR) atas tuduhan liwat.

Saiful Bukhari pernah dibuang dari UNITEN. Apakah sebab dia dibuang belajar? Mengapa orang yang dibuang belajar diambil jadi pembantu khas Anwar Ibrahim? Taib Azamuden (Bekas Imam Besar Masjid Negara, Ahli Parlimen Baling) tentu mempunyai pengalaman bagaimana pengakuan Sukma tentang Anwar Ibrahim. Mengapa Anwar Ibrahim bersembunyi di Kedutaan Turki bukannya Kedutaan Amerika Syarikat? Apakah perhimpunan besar pada 14 Julai nanti ialah perhimpunan untuk bebaskan Anwar bukannya untuk berjuang tentang isu minyak? Apakah perkara ini ada perkaitan dengan perbalahan antara Yahya Sahri dan Khalid Ibrahim?
Kita sama-sama nantikan laporan DNA Saiful Bukhari kerana mengikut laporan, kali terakhir Saiful diliwat ialah pada 26 Jun 2008. Apakah kali ini Anwar akan meminta pertolongan Nik Aziz Nik Mat (Mursyidul Am PAS) dan pemimpin pemimpin ulama PAS untuk bersembahyang hajat memohon petunjuk dari Allah SWT tentang kes liwat Anwar? Jika benarlah tidak bersalah, Tuhan akan makbulkan doa orang yang teraniaya. Tetapi sebaliknya jika tidak, orang PKR dan PAS harus menerima fakta dan hakikat yang sebenarnya.