petikan daripada blog riwayat hayat
Dua orang pembantu khas Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini telah berjaya dipilih menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di Selangor dan Pulau Pinang. Nik Nazmi Nik Ahmad dan Sim Tze Szin masing-masing telah diamanahkan untuk mewakili rakyat di DUN Seri Setia dan DUN Pantai Jerejak.
Kini khabarnya, kerusi panas Pembantu Khas Anwar Ibrahim mulai menjadi rebutan beberapa individu yang dikatakan cukup berminat untuk mengisinya. Mewarisi ‘diari merah’ sememangnya sesuatu yang paling dihajati oleh ramai anak muda yang punyai rencana untuk mengembangkan jaringan politik mereka. Menyelia jadual Anwar Ibrahim sememangnya bukan tugas yang mudah, pun begitu ianya suatu keistimewaan yang sukar dikecapi. Azmin Ali merupakan antara tokoh politik yang dahulunya bermula sebagai pemegang ‘diari merah’ Anwar.
Dan kini, selepas Nik Nazmi, saya difahamkan ‘diari merah’ menanti pewaris barunya. Saya kira ramai yang mulai mengetuk dan menempelkan diri di pejabat Anwar semenjak kebelakangan ini dalam usaha untuk mewarisi meja kerja Nik Nazmi. Ada juga yang tiba-tiba ligat menjadi peminat setia majlis-majlis ceramah Anwar walhal sebelum ini begitu taksub dengan UMNO dan Barisan Nasional. Malah ada yang cukup berani sehingga mendakwa yang dirinya kini merupakan kakitangan dan pembantu khas Anwar menggantikan Nik Nazmi.
Saya kira lingkungan kakitangan dan sekutu-sekutu yang akrab dengan Anwar harus berwaspada dalam hal ini. Dalam situasi sebegini, jelas akan ada ramai yang menunjukkan minat untuk mendampingi Anwar dan orang-orang di sekelilingnya. Beberapa orang teman turut melahirkan kebimbangan kerana kononnya terdapat individu yang cukup dicurigai latar belakangnya kini kelihatan begitu ghairah mahu dilihat sebagai sebahagian dari lingkungan tersebut. Khabarnya ada antara mereka dahulunya merupakan individu yang terlibat secara langsung dengan Najib Tun Razak.
Barangkali sikap waspada cukup penting dalam keadaan sebegini. Jangan sampai ada musang berbulu ayam yang kemudiannya memangsakan seluruh reban sebagai santapannya.
Label: Diari, Makluman, Politik
diriwayatkan oleh najwan halimi pada jam 2:51 AM
Antara komen-komen dalam blog tersebut:-
Anonymous saiful bukhari said…
Assalammualaikum..
Masyaallah Najwan, sampai bila saudara nak berhenti memfitnah.. Cukuplah saudara dah malukan saya, jatuhkn jatuh, sampai saya terpaksa tarik diri dari Universiti.. Hidup dalam kegelapan tanpa arah tuju..
Rahimi sepupu saudara tu sahabat saya.. Sepanjang kempen pilihanraya, beliau perlu mengalas 4 jawatan iaitu Setiausaha Politik, Setiausaha Sulit, Pembantu Khas dan Koordinator Politik.
Bayangkan betapa beratnya beban yang beliau terpaksa pikul. SEORANG. Tiada siapa yang tampil utk membantu beliau walaupun kononnya ramai yang menyokong dan mahu menolong kempen Pilihanraya DSAI. Apalagi saudara sbg sepupunya.
Salah ke saya pergi dengar ceramah? Ceramah tu hanya utk org tertentu shj ka?
Beliau sendiri yang meminta pertolongan saya utk membantu beliau menguruskan program DSAI sepanjang pilihanraya.
Jadi sbg kawan saya membantu beliau kerana beliau sudah tiada daya lagi untuk memikul 4 tanggungjawab sekali gus. Kawan punya hal, saya tidur hanya 2-5jam sahaja dlm satu hari. Sedangkn saya ni bukan ada apa2.
Saya pon hairan, mana pergi penyokong parti atau kawan Rahimi
semasa beliau amat memerlukan pertolongan. Mana pergi orang2 yang konon2 mengelar dirinya pejuang parti semasa pejabat DSAI kekurangan Pekerja.
Saya sendiri terkejut dengan bilangan anggota kerja Pusat PKR. Boleh dikira dengan jari sahaja tenaga kerja semasa kempen pilihanraya di pejabat DSAI. 1 pekerja buat 4/5 kerja. Dari menjaga DSAI hinggalah menghantar poster ke P.Pinang, itu lah kerja Rahimi Osman.
Sekarang bila sudah habis pilihanraya dan MENANG dengan 5 kerajaan, barulah semua berebut2nak masuk pejabat DSAI. Manusia..
Dan untuk makluman, Diari Merah itu adalah milik EN Rahimi Osman dan saya rasa ramai yang dah tahu. Tak pernah terlintas langsung saya nak mengambil kedudukan itu dan tak pernah saya cakap saya ni Pegawai Khas atau Setiausaha Sulit DSAI.. Saya hanya membantu Rahimi sahaja semasa kempen.
Jangan memfitnah sembarangan saudara Najwan.. Saya memberi tenaga secara Ikhlas demi membantu seorang rakan semasa beliau dalam kesusahan. Bukan menjadi penyokong fanatik yang kononnya menyokong tetapi hanya sokong sahaja, buat kerja tak ada.
p/s: Najwan, berhenti lah memfitnah dan buangkan lah perasaan hasat dengki ko tu. Tak kemana Najwan. Tambah kan dosa shj. Sebagai manusia, aku xkn berbuat apa utk melawan.. Tapi, aku harus mempertahankan diri dan menegakkan kebenaran.. Aku berserah kdp Allah s.w.t..
Salam.
Saiful Bukhari
Mac 13, 2008 3:35 AM
Anonymous ainis azreen said…
first of all, kita kena melihat perkara ini bukan dari surface sahaja. kena melihat hingga ke akar umbi. persoalan yang sdr Najwan tinggalkan untuk kita rungkai di dalam entri ini ialah berkenaan siapa musang berbulu ayam? individu yang cuba mengguna peluang dan kesempatan untuk kepentingan diri sendiri, bukan parti, dan jauh sekali rakyat. itu pandangan saya mengenai definisi “musang berbulu ayam” di dalam entri ini.
second of all, sdr Najwan tidak pernah menyatakan secara terus siapa “musang” tersebut. it could be anyone. it could be you, it could be anyone else. so soal siapa yang “musang” sekarang, hanya yang boleh dijawab oleh si “musang” tersebut.
sdr saiful,
saya ingin menyanggah jawapan sdr berkenaan fitnah Najwan yang menyebabkan sdr menarik diri daripada universiti. terlebih dahulu, saya ingin menyatakan pendirian saya – saya tidak menyebelahi mana-mana pihak di dalam hal ini. saya hormati setiap keputusan sdr. tetapi mempertanggungjawabkan sdr Najwan sbg sebab utama sdr menarik diri bukanlah satu langkah yg bijak.
hujah saya, itu adalah hidup sdr. sdr yang menentukan hujung pangkal perjalanan hidup sdr. mengapa perlu tunduk kepada tekanan orang lain? percaya atau tidak, sdr mempunyai peluang untuk kembali atau pergi. sdr memilih utk pergi.. jadi apa rasionalnya menjadikan sdr Najwan sbg orang yg bertanggungjawab? seolah-olah sdr ingin memberitahu bahawa sdr tidak punya pendirian, tidak mempunyai determination dalam hidup.
maafkan saya jika sanggahan saya sedikit banyak melukai sdr. tetapi saya ingin sdr melihat provokasi yang dicipta sdr Najwan bukan bersifat fitnah, tetapi untuk menyedarkan sdr bahawa kami masih memerlukan saudara, satu ketika dahulu.
Diari Merah sememangnya menjadi rebutan, esp golongan muda. tak kisah la siapa pun yang menjadi pewarisnya, asalkan pewaris itu tahu sejauh mana komitmennya. berkhidmat tanpa mengharapkan balasan. lagi pula, DSAI telah membuka peluang pekerjaan untuk diisi. ini membuktikan, padang permainan kita rata. semua rakyat Malaysia berpeluang berkhidmat dengan DSAI.
ps: saya akan tunggu pengumuman dari DSAI sendiri mengenai pewaris Diari Merah.
Mac 13, 2008 1:12 PM
Anonymous Saiful Bukhari said…
Assalammualaikum,
Saya sihat dan gembira dengan kehidupan yang saya ada sekarang. Kalau nak berjumpa, saya sudi. Telephone je, kite set time n blh kene teh tarik same2 dan lauh kan apa yang tidak puas hati..
Saya ni temporary staf je.. Bulan 6ni nak masuk flying school dah.. DSAI sendiri pon tau.. Niat saya cuma membantu seorang rakan yang meminta bantuan saya.. Bukan saya yang tergila2 nak masuk pejabat DSAI.. Saya dah mual dengan politik, cukup semasa MPP dulu.. Pilot lagi best..
Saya berserah kepada tuhan.. Fitnah dan tohmahan dah jadi mcm makanan kepada saya.. Saya reda..
Saya anggap setiap dugaan adalah persiapan utk diri saya bagi menghadapi cabaran yang lebih besar pada masa akan datang..
Dan kepada saudara-saudari yang menghantar gambar2 saya menerusi e-mail kepada staf2 pejabat DSAI e.g Pak Ibrahim Yaacob dan saya tak tahu siapa lagi, terima kasih byk2 kerana mempromosikan saya.. Tak tau la tapi depan saya mereka gelak dan buat lawak, sehingga forwardkan e-mail kpd saya. Yang paling best, si penghantar tu siap buatkan e-mail adress untuk saya.. Manusia Manusia..
Sekian
Saiful Bukhari
Anonymous Rahimi Osman said…
Dah dah.. jangan bergaduh.
Kalah gaduh nak menang pun gaduh..
Semua,
Sdr Saiful memang banyak membantu saya dan DSAI sepanjang kempen pilihanraya lepas. DSAI dengan jujurnya pun amat berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan oleh Sdr Saiful. Termasuk juga staf-staf yang berkhidmat di pejabat DSAI.
Ramai yang minta untuk kerja di pejabat ini, banyak resume yang diterima membuat kami tertawa terbahak bahak… bukan kerana kelayakan, tapi dahulu semua ntah kemana sekarang semua nak kerja di pejabat DSAI!
Ainis, peluang pekerjaan yang dipaparkan di laman web itu bukan diatas arahan DSAI. Tetapi diatas keputusan staf2 asal.
Tak perlu bergaduh mengenai pewaris diari merah atau setiausa politik, kedua jawatan itu tidak diiklankan. Harap Maklum.
Kami mencari sesiapa yang benar2 ikhlas berkhidmat dan mempunyai commitment penuh untuk jawatan2 yang diiklankan. Boleh kerja dari jam 8 pagi sampai 6 pagi esok.. setiap hari! Boleh tinggal anak bini, kawan2, gf, bf pada bila bila masa dan berhari2 lamanya.
kalau tidak boleh, jangan mimpilah..