Forbidden love...

Beberapa teori & analisis sudah mula diperkatakan & diperbincangkan tentang kes Saiful Bukhari & Anwar. Antaranya ialah seperti berikut:

Analisis Pertama: Saiful Bukhari dikatakan menjadi mangsa perbuatan tersebut oleh Anwar Ibrahim. Namun perkara ini disangkal oleh tertuduh dan para penyokongnya. Jika keputusan DNA positif, apakah orang-orang PKR akan percaya? Sudah tentu tidak. Malah perkara ini akan dikatakan sebagai fitnah oleh mereka.

Analisis Kedua: Saiful Bukhari dikatakan agen kerajaan oleh Anwar Ibrahim dan para penyokongnya. Saiful Bukhari dikatakan mereka-reka cerita liwat tersebut. Anwar sudah mula memperkatakan bahawa Saiful rapat dengan TPM, Rosmah dan Khairil Anas berdasarkan gambar ketika Saiful pergi memohon surat sokongan pinjaman MARA. Kononya, Saiful dikatakan meletupkan C4 yang kedua bagi menutup kes C4 Althantunya.

Analisis Ketiga: Saiful Bukhari dan Anwar Ibrahim sama-sama merancang kes ini agar dapat menutup semua kes-kes Anwar sebelum ini?. Sekaligus akan terhapus perkataan “liwat” dari kamus hidup Anwar. Ini kerana, Saiful amat obses dengan Anwar, tidak mustahil Saiful akan melakukan apa sahaja untuk kembalikan kredibiliti Anwar. Ianya semata-mata mahu membersihkan nama Anwar Ibrahim setelah kes dengan Sukma mendapat kemenangan 2-1. Kes ini adalah kemuncak kemarahan rakyat pada kerajaan setelah Pak Lah dimarahi dengan isu minyak, maka Najib pula akan dibenci oleh rakyat kerana didakwa merancang kes liwat Anwar. Maka orang no.1 dan no.2 dalam UMNO/BN sudah dilemahkan, jadi rakyat akan anggap Anwar sahaja yang layak jadi PM pada September ini.

Menurut beberapa orang mahasiswa UNITEN yang rapat dengan Saiful Bukhari, mereka menyatakan bahawa Saiful Bukhari adalah seorang womanizer. Saiful Bukhari pernah mempunyai seorang girlfriend berbangsa Indonesia bernama Rafika Ida Murtia (bekas calon pilihan raya kampus UNITEN 2006/07). Rafika Ida Murtia memakai kereta Chevrolet Aveo berwarna hijau. Menurut responden tersebut, Saiful Bukhari clash dengan Rafika setelah suka pada seorang perempuan yang lain. Persoalannya, atas desakan apa tiba-tiba Saiful bertukar taste?

Bagaimana gambar-gambar Saiful dengan Khairil Anas, Shahir Samad, Azalina dan Tok Pa boleh didedahkan dalam masa yang singkat dan terancang oleh penyokong PKR? Apakah tidak ada gambar-gambar lain sama dalam folder gambar tersebut? Dari mana gambar itu diambil? Atau ianya sudah dirancang?

Allah SWT tidak akan menzalimi orang yang teraniaya. Namun setiap daripada kita adalah makhluknya yang tidak terlepas dari melakukan salah dan silap. Tom Casey (Jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat) menentang sebarang siasatan ke atas Anwar. Sayang benar Amerika pada Anwar. Mengapa ya? Apakah Anwar tergolong dalam golongan orang-orang yang maksum? Orang yang maksum tidak akan lari bersembunyi di kedutaan Turki.

AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)