Oleh mohdnoorawang

a
Terang lagi bersuluh @ indah khabar dari rupa @ bagaikan tin kosong @ bodoh sombong @ cerdik tak boleh di tegur
@

Dengan kata mudah Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dilambung egoistik. Itulah lebel yang dapat kami simpulkan dalan program “PROTES” tanggal 10. rejab. 1429. (6.07.2008) “gagal dan sesat”.

Jika satu-satu progaram lari dari tujuan asal walaupun niat murni . Namun pendekatan diambil oleh “promoter protes” bagaikan mengkarung lidah bercabang menifestasi program akan kucundang.

Kegagalan protes telah kami jangka dari awal lagi. Pendokong utama unjukrasa atau demotrasi kebiasaan datang dari penyokong parti Pas dan penyokong refomasi tulen.

Dari pehak parti PAS sendiri pun menegur “promoter protes” cara serta pendekatan yang dibawa dalam unjukrasa @ demotrasi yang brsifat ala “fun-fair dan mirip pada “jom heboh”.

Namun insan yang bernama Dr. Hatta Ramli pimpinan kanan parti PAS bagaikan juruacara “melodi” ingin mencari glamur dan telah mencemar dan menodai prinsip parti yang berlandaskan syiar Islam. Dr, Hatta bagaikan seorang promoter yang ingin memperjuangkan bentuk baru dalam kepimpinan dan “method” yang memang tidak sesuai.

Pernah dipaparkan dalam laman TKO, satu waktu akan datang rakyat jemu dan ada bunga-bunga benci pada Pakatan Rakyat khasnya PKR sendiri. Ini disebabkan PKR dan penasihatnya terlalu banyak propaganda murahan serta terlalu banyak mitos politik yang dipratik oleh penasihat umum PKR.

Dr, Hatta kembali kepada perjuangan asal dan sila rujuk pada Dewan Harian Pas, bincang dengan pimpinan tertinggi Pas dan dengar rintihan pemuda Pas Puast dan yang amat mendukacita sekali ialah Pesuruhjaya Pas Negeri Selangor , Datuk Dr, Hasan Ali. membisu seribu bahasa. Mungkin beliau diulik jawatan dan sedikit kuasa sebagai exco negeri lupa pada tatatusila berjamaah dalam Islam, Atau mungkin terlupa beliau datang dan jelma dari Parti PAS.

Bermula tarikh “PROTES” maka bermulalah ciri-ciri kejatuhan dan protes rakyat secara senyap kepada Pakatan Rakyat khasnya parti PKR sendiri. Namun parti Pas juga terkena penyakit yang dibawa oleh “sindrom gong” PKR dalam Pakatan Rakyat .

Dengan ini disimpulkan “PROTES” yang dilaungkan oleh Pakatan Rakyat membawa kepada jawapan “PROTES MENURUN DAN MERUDUNG secara terbuka dalam senyap.

http://www.tranungkite.net