Oleh ZAINI RABAN

IPOH 9 Julai – Ahli-ahli Pas perlu bermuhasabah dan merenung sejenak mengapa Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin membisu apabila ditanya mengenai perjuangan untuk menegakkan pemerintahan Islam di Perak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor, Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, sikap membisu Mohammad Nizar itu menimbulkan tanda tanya kerana ia ada kaitan dengan kebenaran dakwaan bahawa wujud ‘Perjanjian Pangkor II’ antara Menteri Besar itu dengan para pemimpin DAP negeri yang membentuk kerajaan campuran di Perak.

“Saya sendiri tidak menyedari mengenai perjanjian itu, tetapi persoalannya apakah ini prinsip perkongsian kuasa yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri antara Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR),” kata wakil rakyat Barisan Nasional (BN) itu kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Zambry menambah: “Selama ini Pas menyatakan pembentukan kerajaan campuran itu berasaskan konsep ‘Tahalluf Siyasi’ atau persefahaman politik, tetapi adakah ia sampai Mohammad Nizar terpaksa berjanji dan mengorbankan prinsip perjuangan parti semata-mata untuk berkuasa.”

Mohd. Fadzil, abang Mohammad Nizar, sebelum ini mendakwa adiknya itu tidak layak menjadi Menteri Besar kerana telah menandatangani ‘Perjanjian Pangkor II’ dengan DAP yang antara isi kandungannya melarang Menteri Besar itu menyebut negeri Perak diperintah oleh Islam.

Perjanjian berkenaan juga dikatakan tidak membenarkan Mohammad Nizar menyebut terma-terma politik yang berkaitan dengan Pas atau bahasa Arab seperti hudud dan qisas.

Pakatan DAP, PKR dan Pas memerintah Perak selepas pilihan raya umum 8 Mac lepas. DAP mempunyai 18 kerusi di DUN Perak, PKR memenangi tujuh kerusi, manakala Pas hanya memiliki enam wakil rakyat termasuk Mohammad Nizar.

Para wartawan menunggu Mohammad Nizar memberikan reaksinya mengenai isu ‘Perjanjian Pangkor II’ selepas satu program di Pulau Banding, Gerik petang ini, tetapi Menteri Besar itu enggan ditemu ramah.

Zambry memberitahu, pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak baru-baru ini, Mohammad Nizar secara jelas mengelak untuk menjawab soalan wakil rakyat BN mengenai prinsip negara Islam yang diperjuangkan oleh Pas selama ini.

Menteri Besar itu secara terang mengatakan bahawa perjuangan mewujudkan sebuah negara Islam memang tidak terdapat dalam perlembagaan Pas.

Menurut Zambry, tindak-tanduk pemimpin Pas itu yang tiba-tiba ‘melenting’ apabila ditanya wartawan mengenai pelaksanaan pentadbiran Islam di Perak baru-baru ini juga menimbulkan pelbagai andaian.

Katanya: “Saya difahamkan Menteri Besar juga tidak selesa bila disoal mengenai konsep keadilan dalam Islam dan perjuangan negara Islam oleh orang ramai dalam sesi-sesi ceramahnya.

“Ini semua menunjukkan beliau sedang panik dan tidak tahu hendak menjawab soalan orang ramai apabila ditanya mengenai prinsip dan dasar perjuangannya. Jadi, ada kemungkinan ‘Perjanjian Pangkor II’ itu wujud.”

DAP must die!

Sementara itu, di PULAU PINANG, Bernama melaporkan pemimpin dua parti dalam Pakatan Rakyat enggan mengulas laporan Utusan Malaysia mengenai satu perjanjian melibatkan kerajaan pakatan itu di Perak, yang kononnya melarang Mohammad Nizar menyebut negeri itu diperintah oleh Islam.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, beliau tidak ada apa-apa untuk diulas kerana di peringkat nasional tidak ada sebarang perjanjian.

“Ini ialah perkara Perak, lebih baik tanyakan kepada Perak tetapi di peringkat kebangsaan tiada apa-apa,” kata Guan Eng, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang ketika ditemui di pejabatnya.

Di KOTA BHARU, Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa juga enggan mengulas isu itu dengan alasan tidak membaca laporan akhbar Utusan Malaysia kerana berada di luar negara.

“Saya kena semak dulu,” katanya kepada pemberita.

**********************************************************

Perjanjian Pangkor merupakan satu perjanjian yang ditandatangani pada 20 Januari 1874 antara Sir Andrew Clarke di pihak Inggeris dan Raja Abdullah ibni Sultan Ja’afar Mua’azzam Shah. Perjanjian ini memberi kebenaran untuk Inggeris mencampuri urusan negeri Perak. Dengan perjanjian ini ianya telah membuka kepada campur tangan Inggeris secara rasmi dalam urusan negeri Melayu. Perjanjian ditandatangan di atas kapal HMS Pluto.

Kemudian, Gabenor Sir Andrew Clarke berani bertindak menjalan dan menurunkan Sultan Ismail yang bersemayam di Tanjong Belanja, Parit dari pangkat Sultan dan membenarkan Sultan Ismail memakai gelaran “Sultan Muda” dengan memberi pencen seribu ringgit tiap-tiap bulan. Che Ngah Ibrahim tidak lagi diakui sebagai pemerintah Larut. Ini kesan Perjanjian Pangkor yang pertama. Apa pula Perjanjian Pangkor 2?

Ianya adalah surat perjanjian antara DAP dan wakil PAS bagi membolehkan PAS menjadi Menteri Besar di Perak. Menurut beberapa orang penyokong PAS, Nizar Jamaluddin (MB Perak) telah tandatangan surat ini secara terpaksa. Di kalangan pemimpin PAS yang tahu tentang surat perjanjian ini enggan mengulas lanjut tentang perjanjian ini kerana ianya memalukan pihak PAS sendiri.

Antara isi kandungan Perjanjian Pangkor 2 ialah:

1) Nizar Jamaluddin sebagai MB Perak tidak boleh menyebut Perak akan menjalankan pemerintahan Islam.

2) Nizar Jamaluddin sebagai MB tidak boleh menyebut mana mana terma yang berkaitan dengan PAS atau bahasa Arab seperti Hudud, Qisas dan lain lain lagi.

3) Nizar Jamaluddin sebagai MB tidak boleh membuat keputusan sendiri sebagai kuasa MB sebaliknya semua perkara yang ingin dibuat perlu diperakukan oleh semua Exco Perak terlebih dahulu.

4) Pembahagian Exco yang diputuskan adalah 6 wakil Exco DAP, 3 wakil Exco PKR dan 1 wakil PAS. DAP juga menuntut Speaker DUN Perak dari wakil DAP.

Perjanjian Pangkor 2 ini ditandatangi antara Nga Kor Ming (Pengerusi DAP Perak) dengan Nizar Jamaluddin. Lihatlah apa yang telah berlaku sekarang bila Karpal Singh (Pengerusi DAP) telah mula berani mencabar Sultan dan tidak menghiraukan lagi undang undang.
Apa yang Nizar buat? Hanya berdiam diri kerana sudah terikat dengan perjanjian? Kalau Dato’ Hishamuddin boleh mohon maaf kerana hunus keris, mengapa Karpal Singh yang hina Sultan ini tidak boleh mohon maaf? Bukankah tindakan Karpal ini lebih racist dari itu? Mana dia Ketua Pembangkang dalam Pakatan Rakyat? Kenapa tidak tegur pun Karpal Singh ini?