Assalamualaikum. Sebelum saya menulis posting ini saya memohon agar Allah swt sentiasa memberi petunjuk kepada saya supaya dapat membincang hal ehwal ummah diatas landasan yang betul dan bijaksana dan dengan tujuan hanya untuk mendapat keridhaan Allah dan kesejahteraan Ummah semata mata. Ameen
Satu perkongsian kuasa UMMAH lebih besar di peringkat negara sangat di perlukan memandangkan sudah terdapat petanda yang jelas percubaan campur tangan USA dan negara bermusuh untuk menggugat atau destablise pemerintahan Umamt Islam di Malaysia. Orang Melayu Muslim masih sanggup berkongsi tanah dengan Cina dan India dengan syarat mereka terus memerintah negara ini. Semua persoalan ini dapat di selesaikan melalui perkongsian kuasa bestari antara PAS dan UMNO demi menjaga kepentingan ummah. Experiment itu boleh bermula dengan Perak , di ikuti dengan Terengganu , Pahang dan MALAYSIA. Namun semua ini bukan nya jalan sehala kerana sebarang pengkhianatan akan di selesaikan dengan penarikan diri dari perkongsian kuasa PAS -UMNO dan PAS akan terus menentukan masa depan nya dengan secara dinamis dan bestari mengikut keadaan yang sentiasa dinamik dan mencabar. Inshallah Allah akan bersama dengan jemaah islam PAS.

Ramai mengatakan mustahil bagi ummat Islam Malaysia untuk bersatu. Ini bercanggah dengan Islam kerana dalam Islam semuanya tiada mustahil kalau di kehendaki Allah. Mereka mengangap mustahil dua kelompok ummat Islam besar , UMNO dan PAS untuk bersatu dan tolong menolong mempertahankan kepentingan ummah. Mungkin ini adalah bukti betapa lama nya ummat Islam tidak bersatu dan berkelahi tanpa henti sehingga melemahkan kuasa mereka dan menyebabkan mereka tidak di hormati. Sebenarnya ummat Islam telah berkelahi setiap hari selepas merdeka ini telah menjadikan kita lemah, kerajaan milik ummat islam di sabotaj oleh golongan tertentu dan kita dipandang hina.

Tawaran UMNO perak untuk berkongsi kuasa dengan PAS adalah satu peluang experiment politik yang tidak sepatutnya di lepaskan oleh PAS saperti juga kita bereksperiment dengan PR dalam PRU12. Dalam hal kongsi kuasa dengan umno sekarang PAS tidak akan mengalami risiko politik kerana PAS tidak akan rugi apa apa dalam konteks PR hanya merupakan pakatan longgar untuk memastik satu lawan satu dalam RRU12. Dari segi Islam kedua PR dan BN adalah pakatan SEKULAR. Saya akan analisa mengapa perkongsian kuasa PAS dan UMNO adalah menguntungkan dan beretika.

Saya mulakan dengan ayat Quran yang sangat jelas tentang penting kita bekerjasama atas birri wa taqwa , kebaikan dan taqwa . Maka jika terdapat satu entiti yang menawarkan kemungkinan kerjasama kebaikan dan taqwa tambah tambah lagi perkara yang berkaitan kekuatan ummah maka ia hendaklah tidak di tolak

Pakatan satu kelompok serumpun di atas ISLAM adalah satu perkara yang amat di galakkan. Ini menepati ayat quran ‘Wataawanu ala birri wa taqwa wa la taawanu ala ismi wal udwan”. Berpakatlah atau bekerjasamalah kamu atas kebaikan dan taqwa dan jangan kamu berpakat atau kerjasama di atas dosa dan kejahatan. Maka kita juga setuju dengan statement ketua pemuda PAS , akhi Salehudin saperti di lapor” Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Salahuddin Ayub berkata, pada dasarnya beliau bersetuju dengan cadangan tersebut kerana ia membawa kebaikan untuk orang Melayu dan Islam di negara ini.”

Pihak DAP mengatakan langkah PAS mahu berbincang dengan UMNO adalah rascist atau perkauman. Ini adalah langsung tak masuk akal kerana matlamat politik sebarang masyarakat samaada kaum Melayu, Cina , India adalah untuk menjaga kepentingan masyarakat mereka di negara majmuk saperti di Malaysia. Semua berhak menjaga kepentingan masyrakat masing masing termasuk DAP MCA MIC atau parti di Sabah dan Serawak. Walau bagaimanapun usaha untuk menjaga kepentingan masyrakat tidak lah perlu di biarkan menjadi satu krisis antara kaum. PAS menjaga kepentingan ummat Islam dan itu tidak boleh dipersoal oleh DAP. MCA pun agak bersetuju dengan langkah PAS berbincang dengan UMNO berkaitan orang Melayu kerana MCA sendiri mengakui kestabilan politik Malaysia sangat bergantung kepada kestabilan politik Melayu Muslim dalam keadaan semua kebebasan kaum dijaga.
Pihak PKR dan setengah pemimpin PAS yang tidak berapa setia dengan pimpinan PAS pula mengatakan ini adalah PENGKHIANATAN terhadap Pakatan Rakyat dan ramai orang bukan Islam mengundi PAS bukan kerana Islam dalam PRU12. Mahfuz sendiri sebagai Ketua Penerangan pun tidak berupaya menunjukkan kesetiaan kepada pemimpin PAS dan mengatakan seolah beliau terpaksa berbohong. Apakah ini satu tindakan bertanggungjawab mempertahankan logik pimpinan dalam menyelesaikan masaalah ummah yang lebih besar dari populariti jarak dekat Mahfuz .
Tuduhan ini pun satu perkara yang tidak betul kerana dalam PRU 12 , PAS di undi kerana manifesto piliharaya nya dan semua tahu bahawa PAS adalah parti islam, bermatlamat menegakkan negara Islam dan manisfesto nya di tulis dengan semangat matlamat asal PAS ia itu menengakkan negara Islam . Kalau di lihat dalam Manisfesto PAS dalam PRU12 , semua yang di janjikan itu semua di buat berlandaskan Islam, hanya nama Islam saja tidak di nyatakan dalam cogan kata Islam Untuk Semua.
Pihak PKR atau Anuar Ibrahim juga tidak boleh menganggap kongsi kuasa PAS dan UMNO ini satu perkhianatan kerana Pakatan Rakyat sebenar adalah perjanjian longgar untuk mewujudkan perlawanan satu lawan satu dan tidak pernah pun di mati stamp untuk menjadikan nya legally binding. Kalau kita ikut perkembangan PRU12, perkataan Pakatan Rakyat itu pun datang dari cadangan salah seorang blogger dan terus di ambil pakai. Sebelum ini pakatan pembangkang di kenali dengan Gagasan Rakyat dan pakatan ini pun tidak di mati stamp dan legally binding . Pakatan Rakyat dan Gagasan Rakyat adalah sama dari segi status iatu pakatan longgar untuk mengelakkan bertindih tempat berlawan dalam PRU.
Mengapa Pakatan Rakyat di buat begitu rupa ada sebabnya dan sejarahnya. Pakatan Rakyat tidak di kuatkan dengan sengaja kerana DAP tidak mahu ianya di kuatkan kerana bagi DAP, mereka tidak mahu mengulangi KESILAPAN mereka pada PRU 10 apabila mereka membuat Gagasan Rakyat dengan PAS dan kalah teruk dalam piliharaya. Karpal dengan terang terang memberitahu seluru Malaysia dan dunia, DAP kalah pru10 kerana gagasan rakyat dengan PAS.
Oleh itu walau pun PAS dan pemimpin ulama nya di sumpah dan di maki oleh blogger saperti Raja Petra, Hishamudin Rais dan Aduka Teruna,dengan mencarut dan kartun yang menghina ulamak , status Pakatan Rakyat tetap tidak rasmi dan tidak di mati stamp dan DAP pun tidak langsung berminat untuk menjadikan PR satu entiti yang perlu di perkuatkan selepas PRU12. Lihat saja statement DAP yang tidak henti henti mencampuri hal ehwal PAS dan sikap kerajaan DAP Pulau Pinang memberi sebarang kuasa politik kepada PAS.
Perlu di ketahui bahawa langkah DAP merestui MB PAS Perak adalah langkah terdesak dan langah tiada pilihan apabila undang undang negeri memerlukan MB Melayu Muslim dan tokoh PKR tidak begitu berwibawa untuk menyandang nya. Akhirnya MB Perak hanya menjadi rubber stamp kepada semua perkara yang di setujui oleh exco DAP termasuk memberi tanah percuma kepada bekas kominis di Kampong Baru Perak dengan status tanah yang di cadang kepada 999 tahun yang sangat bersifat provokasi kepada orang Melayu.

Kalau di tolak semua teriakan , jeritan , makian dan sorakan, dari segi status politik , PAS bebas untuk memilih sesiapa saja menjadi rakan kongsi politik SELAGI ianya dalam ruang linkup MENJAGA MASLAHAH UMMAH DAN ISLAM dan tidak bercanggah dengan pelembagaan parti PAS.
PR dan BN adalah dua entiti politik yang sama sekular dan PAS bebas memilih pakatan politik yang paling menguntungkan ummah dan Islam. Tidak ada dalam kamus politik , sesuatu kelompok tidak bebas bertindak demi menjaga kepentingan masyarakat mereka walau pun selepas piliharaya atau selepas PRU12. MCA bebas bergabung dengan DAP dan GERAKAN dan MIC bebas bergabung dengan PPP dan KIMMA. Itu adalah tanggungjawab pemimpin masyarakat masing masing untuk membuat keputusan. Walhal Anuar Ibrahim yang tidak berparti pun bebas menggunakan nama PAS DAP dan PKR untuk mengancam dan mengugut musuh politiknya.
Keenganan MCA untuk bergabung dengan DAP bukan kerana benci tetapi kerana MCA berfikir kepentingan orang Cina lebih terjamin apabila berada bersama UMNO kalau berbanding berada dengan DAP. PAS pun sepatutnya meniru bagaimana MCA berpolitik demi untuk menjaga kepentingan masyarakat Cina.
Jika masa depan orang Melayu Muslim lebih selama apabila berkongsi kuasa dengan UMNO maka PAS mesti melakukan perkongsian kuasa dengan UMNO. Perkongsian kuasa dengan UMNO tidak lah bermakna PAS menyetujui ideologi dengan UMNO. Ianya serupa dengan penyertaan PAS dan MAPEN sebelum ini . Yang beza nya kita mendapat sedikit dari kuasa federal dan dapat menggunakan budget federal untuk kebaikan negara dan ummah. Jjika PAS dan UMNO mahu di bubar saperti nasihat Tok Guru dan mungkin menjadi PARTI MELAYU MUSLIM yang berlandaskan Islam itu lebih baik. Di Mesir pun pernah Ikwanul Muslimin sebuah parti politik Islam bergabung dengan parti nasionalis Wafad untuk menahan pengaruh socialist Mesir dan mendapat 10 kerusi dalam parlimen mesir.

After the elections, in May 1984, the New Wafd party’s tactical alliance with the Ikhwan gave ten seats to Ikhwan members in the National People’s Assembly
Selepas pilihanraya May 1984 kongi kuasa Ikwan dengan Partu Wafd Baru memberi 10 kerusi kepada Ikwan dalam National peole assembly.

Ada yang membangkitkan masaalah etika politik. Kita dari parti Islam, maka etika atau betul dan salah mesti berlandaskan Quran dan Sunnah. Menjadi tugas Majlis Shura untuk memutuskan halal dan haram dari segi hukum berkongsi kuasa dengan parti saperti UMNO dan dari segi etika politik pula , asalkan niat berkongsi kuasa adalah untuk kejahteraan masyarakat maka niat yang baik itu sudah cukup menjadikan ianya beretika walau pun berlaku masaalah dalam proses melaksanakan niat yang baik itu.
Dari segi politik PAS sudah tidak ada masa depan dengan Pakatan Rakyat kerana semua komponent politik telah tidak menghormati PAS dalam tindak tanduk mereka selepas pru12. Bagi mereka yang mengikut perkembangan politik hari ke hari, DAP dan PKR menganggap PAS hanyalah tukang sorak dan pengacau dan blogger PAS hanya di ugut menjadi tukang serang dan tukang ampu DAP dan PKR. Kita tidak akan akur dengan kehendak sumbang ini. Blogger PAS mempunyai etikanya sendiri dan nilai Islam mereka sendiri dan bersikap bebas tidak terikat kepada sesiapa. Yang malang nya pemimpin PAS dan Tok Guru Pas hanya lah dijadikan tukang sembahyang hajat. Semua urusan politik di atur oleh DAP dan PKR.
Experiment kongsi kuasa PAS dan UMNO beretika saperti yang di katakan di atas dan ia menjadi satu experiment yang baik untuk kearah negara yang stabil, islamic, tanpa rasuah dan ummah centrik dalam keadaan hak semua kaum di hormati termasuk hak parti politik dalam komponent BN.
Satu perkongsian kuasa UMMAH lebih besar di peringkat negara sangat di perlukan memandangkan sudah terdapat petanda yang jelas percubaan campur tangan USA dan negara bermusuh untuk menggugat atau destablise pemerintahan orang Melayu di Malaysia. Orang Melayu masih sanggup berkongsi tanah dengan Cina dan India dengan syarat mereka terus memerintah negara ini. Semua persoalan ini dapat di selesaikan melalui perkongsian kuasa bestari antara PAS dan UMNO demi menjaga kepentingan ummah. Experiment itu boleh bermula dengan Perak , di ikuti dengan Terengganu , Pahang dan Kelantan. Namun semua ini bukan nya jalan sehala kerana sebarang pengkhianatan akan di selesaikan dengan penarikan diri dari perkongsian kuasa PAS -UMNO dan PAS akan terus menentukan masa depan nya dengan secara dinamis dan bestari mengikut keadaan yang sentiasa dinamik dan mencabar. Inshallah Allah akan bersama dengan jemaah islam PAS.
Saya menulis ini hanya sebagai cadangan kepada pemimpin PAS dan ahli mesyuarat yang akan bermesyuarat esok dan segala yang baik itu dari Allah dan yang buruk itu dari nafsu saya sendiri dan bisikan syaitan yang di rejam. Saya memohon ampun kepada Allah andai kata tulisan saya ini tidak di perkenan oleh Nya dan sebagai hamba yang berakal dan bertanggungjawab dengan masaalah umah , hamba yang lemah ini terus juga menulis di ruang cyber yang luas ini. Ameen.
Akhir sekali saya mengucapkan selamat bermesyuarat esok kepada Pemimpin tertinggi PAS , Ulamak dan pemimpin PAS mewakili semua dewan dan semoga Allah bersama kita dan merestui segala apa yang di putuskan bersama atas niat untuk mencari keredaan Allah. Ameen.

http://almuslimin2.blogspot.com