Setelah sekian lama jari jemari ini tidak mengemaskini blog ini iaitu hampir 4 tahun, saya mengambil keputusan untuk kembali aktif berblogging, urusan kerja yang mendesak dan ruangan masa yang begitu terhad membataskan saya untuk mengamaskini blog ini. Terima kasih kepada pengunjung yang singgah di blog ini walaupun ia tidak dikemaskini sekian lama..

Satuperjuangan

Advertisements

Krisis Ekonomi US : Gambaran, Ulasan & Pandangan Islam

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net

Amerika Syarikat sedang menghadapi kejatuhan ekonominya akibat sistem kapitalis. Apa sebenarnya yang berlaku dan apa kaitannya dengan riba?. Dan adakah jika sistem kewangan dan ekonomi Islam dilaksanakan, kita akan terselamat dari malapetaka seperti ini. Tulisan ini akan cuba mendedahkan isu ini dalam bentuk yang separa ilmiah dengan kumpulan sasaran pembaca orang awam.

Justeru, jika anda seorang cendiakawan ekonomi, kewangan dan perbankan, saya kira tulisan ini mungkin tidak menambahkan sebarang nilai dan pengetahuan baru buat anda. Saya juga menggunakan bahasa-bahasa bukan kewangan bagi memudahkan kefahaman orang awam dalam memahami isu ini secara mudah.

Walaupun isu ini agak kompleks untuk diterangkan dengan mudah kepada pembaca yang tiada basic ilmu kewangan dan perbankan (kerana ia perbincangan berkenaannya banyak menggunakan istilah-istilah khusus kewangan dan perbankan), namun saya akan cuba sekadar kesempatan waktu dan kemampuan yang ada untuk memberi faham. Isunya begini..

Kegawatan bermula dari kes pinjaman dan pensekuritian bon Subprima.

FAHAMI SUBPRIME MORTGAGE TERLEBIH DAHULU

Subprime mortgage atau dalam bahasa Malaysia kita sebut “peluang kedua pinjaman”.

Ia adalah pinjaman wang yang diberikan kepada sekumpulan pengguna miskin, manakala sebahagian lainnya tidak menepati kriteria peminjam yang BOLEH diluluskan jika dilihat dari piawaian sesebuah bank. Ia disebut sebagai mempunyai ‘credit rating’ yang rendah. Mereka ini biasanya terdiri dari :-

  • mereka yang mempunyai pendapatan rendah,
  • mempunyai sejarah dan rekod kegagalan bayaran hutang yang tinggi, atau ‘rekod merah’.
  • mereka yang beban hutangnya telah melebih kemampuan pendapatannya,
  • para spekulator yang tiada mempunyai wang tetapi ingin membeli untuk tujuan pelaburan dan lain-lain lagi.

Walaupun demikian, mereka telah diberikan peluang kedua untuk membuat pinjaman.

Perlu diingat, ia bukannya dibuat atas dasar ingin membantu tetapi berpunca dari sifat tamak pihak kapitalis dalam perolehan untung, mereka juga tidak menghiraukan samada kumpulan miskin dan bermasalah serta terdesak tadi akan semakin tertindas ataui tidak. Apa yang penting buat mereka adalah untuk mengambil peluang meraih untung sebanyak mungkin.

Telah saya tegaskan beberapa kali di web ini, apabila pinjaman diberikan kepada mereka yang berpotensi untuk gagal membayar balik, risiko kegagalan membayar hutang yang dinamakan ‘event of default’ akan menjadi semakin tinggi. Menurut kebiasaan sesebuah bank,  jika risikonya tinggi maka lagi tinggilah kadar riba ‘interest’ yang akan dikenakan terhadap peminjam.

Menurut faktanya, apabila lebih 100 buah syarikat yang memberi pinjaman jenis subprime seperti New Century Financial Corporation memfailkan bankruptcy akibat gagal memperolehi pulangan beserta riba yang dikehendakinya, kegawatan mula kelihatan.  Kegagalan ini membawa kerugian sebanyak USD 6.5 trillion dan memberikan kesan negatif kepada seluruh industri jual beli rumah, perbankan dan ekonomi USA. [1]

Isu ini mula menggugat ekonomi Amerika mulai tahun 2007 dan berterusan kesannya sehinggalah apa yang berlaku kepada kebrankupan dan kerugian besar syarikat gergasi di Bursa Saham Wall Street seperti Lehman Brothers, Merrill Lynch, AIG dll. Ia bakal membawa kesan domino atau kesan bertali kepada mana-mana syarikat yang mempunyai ikatan dengan mereka yang rugi ini, akan saya huraikan kemudian.

Ia bermula apabila sektor perumahan di USA menjadi bubble. Erti bubble dalam konteks ini adalah apabila nilai valuasi rumah meningkat sehingga mencapai tahap unsustainable iaitu tidak mampu lagi ditanggung jika dilihat kepada purata pendapatan penduduk.

Hasilnya, bilangan peminjam yang gagal ia disebut ‘defaulters’ menjadi semakin tinggi. Keadaan ini merebak sehingga berlakunya krisis kegawatan pada bulan Ogos 2007 yang lalu.

APA KISAH CADANGAN KERAJAAN US UNTUK BAILOUT USD 700 BILION?

Apabila ini terjadi, nilai rumah tiba-tiba menjadi jatuh merudum pula sehingga banyak pihak yang telah membeli dan memegang rumah dan hartanah tidak lagi mendapat untung dari aset yang mereka pegang. Kerugian pun menjelma dan memberikan kesan kepada seluruh sektor kredit, perbankan dan ekonomi dunia. Pihak bank akan ditimpa Non Performing Loans (NPL) atau hutang tertunggak yang tinggi, selain itu ia juga memberi kesan rugi kepada seluruh sektor pembinaan, pembekal dan banyak lagi. Ia juga bakal membawa keruntuhan, hasilnya Presiden USA, George Bush telah memperuntukan ‘bail-out plan’ dengan harga antara USD 700 billion ke USD 1 trillion untuk membeli aset pinjaman tertunggak yang merosakkan tersebut.

Pihak US merancang, setelah membeli semua aset tadi, mereka akan menjualnya semula dan memperolehi keuntungan pula darinya. Namun terdapat pakar pelaburan seperti Warren Buffet dan ramai lagi yang menganggap lebih bijak jika kerajaan membiarkan sebahagian sekuriti tenat dan tertunggak ini dijual di pasaran terbuka kepada sektor private dan bukannya dibeli oleh kerajaan. [2]

Secara ringkasnya isunya adalah :-

a)       Apa yang menjadi isu dengan kes bail out terbaru ini adalah, jumlah besar itu adalah wang hasil kutipan dari pembayaran cukai dari seluruh warga USA. Namun malangnya wang cukai yang bayar mereka akan digunakan untuk menyelamatkan beberapa buah syarikat gergasi di Wall Street, sedangkan ramai yang tidak terlibat dengan aktiviti saham dan tidak mendapat faedah secara langsung dari bail-out ini. Inilah yang menyebabkan kemarahan orang ramai. Duit mereka digunakan untuk menyelamatkan si kaya manakala syarikat kecil dan sederhana tiada sebarang bantuan.

b)       Selain itu, untuk mejayakan tujuan ini, kerajaan US terpaksa mencetak lebih banyak wang dan ini akan meningkat kadar inflasi iaitu nilai USD akan jatuh merudum.

c)       Sebahagian pakar ekonomi menamkannya sebagai hyperinflation atau inflasi di luar kawalan. Selain itu purchasing power mereka turut jatuh.

Contoh hyperinflation adalah apa yang berlaku kepada Germany pada tahun 1923 apabila kadar tukarannya adalah Marks (Matawang German) 4,200,000,000,000 (4.2 billion) adalah sama dengan USD 1 sahaja!. Yang terbaru adalah Zimbabwe di mana nilai duit Zimbabwe sebanyak 688 billion adalah sama dengan USD 1. [3]

d)       Ini juga bermakna, semua peminjam-peminjam di bank US terpaksa mencari sumber wang lain untuk mebayar hutang mereka disebabkan nilai matawang mereka menjadi kecil. Kalau dulu USD 1000 mereka boleh membayar pinjaman perumahan bulanan, namun akibat bail-out ini, nilai USD 1000 itu sudah jatuh kepada USD 900.

e)       Ia juga boleh mengakibatkan pelbagai bencana ekonomi seperti berlakunya penyorokan barang pengguna kerana menunggu harga meningkat.

f)        Hutang US juga pasti akan meningkat tinggi , dijangkakan hutang US akan meningkat kepada USD 11.3 trillion daripada jumlah sekarang iaitu USD 10.6 trillion. [4]

231 ahli akademik yang merupakan pakar ekonomi di univeristi seluruh USA membantah tindakan ini dalam satu surat yang ditandatangani bersama oleh mereka. Mereka menegaskan :-

“Investors who took risks to earn profits must also bear the losses. […] The government can ensure a well-functioning financial industry […] without bailing out particular investors and institutions whose choices proved unwise.” [5]

PENSEKURITIAN PINJAMAN SUBPRIMA & PANDANGAN ISLAM

Bagi anda memahami isu ini dengan lebih tersusun, mari memhami isu subprime dan pensekuritiannya. Keadaan menjadi parah sebenarnya, apabila pinjaman-pinjaman SUBPRIME tadi telah disekuritikan menjadi . ‘Mortgage-backed Securities’ ; (iaitu sijil-sijil boleh niaga yang disandarkan kepada sesuatu aset (asset-backed security ) yang mana cash flow atau aliran tunainya datang dari pembayaran pinjaman pokok dan interest bagi satu kelompok pinjaman perumahan. Kemudiannya ia diniagakan dengan risiko berbeza mengikut tahap-tahapnya. Dalam kes yang sedang kita bincangkan ini, kelompok pinjaman itu adalah dari pinjaman subprime yang telah diberitahu tadi. Sila lihat rajah untuk lebih faham.

MBS

Rajah : Proses MBS. [6]

Sila lihat kepada pulangan riba ‘expected return’ yang dijanjikan kepada pelabur (pembeli sijil ini) yang disebut itu, pulangan itu gagal ditepati apabila pihak peminjam gagal membayar hutang rumah mereka.

Sekali lagi, apa erti sekuriti di sini?

Ia adalah satu proses mengumpulkan pinjaman-pinjaman ini dalam satu kumpulan (pool of portfolio), kemudiannya ditukar menjadi sebuah sijil pelaburan boleh niaga yang dinamakan bon atau sekuriti atau Mortgage Backed Securities.

Ia adalah sebuah instrument pelaburan riba yang menjanjikan PULANGAN TETAP bagi mereka yang berminat membelinya.

Disebabkan sifat tamak pelabur kapitalis, mereka telah menjual bon yang disandarkan kepada pinjaman Subprime yang berisiko ini dan ia telah dibeli oleh pelbagai pihak termasuklah bank-bank pelaburan ‘investment banks’ yang besar seperti Lehman Brothers yang merupakan syarikat keempat tersebar di Bursa Wall Street.

Apa yang dilakukan ini jika dilihat dari perspektif Islam dinamakan ‘debt trading’ atau menjual hutang. Ia difatwakan haram oleh Majlis Fiqh Sedunia dan juga Majlis Shariah Badan Perakauan dan Kewangan Islam Sedunia (AAOFI) iaitu apabila ia dijual lebih rendah dari harga asal hutang (secara diskaun).

Untuk analogi mudah lagi ringkas, ia adalah seperti berikut:-

Encik David berhutang sebanyak RM 1 juta dari Encik Lingam. Encik David dikehendaki membayar semula hutangnya sebanyak RM 1.5 juta dalam 5 tahun. Ini bermakna Encik Lingam mengenakan RM 500,000 riba ke atas Encik David.

Tiba-tiba selepas dua bulan, atas sebab  tertentu, Encik Lingam perlukan wang tunai dengan segera, untuk menyegerakan perolehan tunai, Encik Lingam telah menjual hutang Encik David tadi kepada En Chua dengan harga yang lebih rendah iaitu RM 1.3 juta. Walaupun harganya lebih rendahnamun Encik Lingam puas hati kerana ia memperolehinya secara cash atau tunai.

(Inilah yang dimaksudkan jualan hutang secara diskaun, dan ia dianggap riba oleh Ulama antarabangsa kerana wang ditukar dengan wang syaratnya mestilah sama nilai)

Di hujung transaski, Encik Lingam berjaya perolehi wang tunai segera namun sedikit berkurangan dari jumlah yang patut diperolehinya jika dia sanggup menunggu selama 5 tahun.

Dan risiko menunggu bayaran hutang penuh oleh Encik David kini sudah dipindah kepada En Chua, namun En Chua bakal menerima untung riba sebanyak RM 200,000 pula dengan mudah.

Encik David tetap perlu membayar seperti biasa.

Berkemungkinan En Chua akan menjualkannya kepada Encik Mutu pula dengan harga RM 1.2 juta.

Untuk memahami isu yang sedang dibincang, anda hanya menukarnya seperti berikut:-

Encik David – Peminjam miskin dan tidak cukup syarat

Encik Lingam – Syarikat pemberi hutang seperti New Century Financial Corporation

Encik Chua – Lehman Brothers dan lain-lain.

Encik Mutu – Semua bank yang membeli MBS ini dari Lehman, Merrill Lynch dan lain-lain.

Maka apabila encik David gagal membayar hutang, semua pihak akan terancam. Inilah yang berlaku.

Inilah namanya discounted debt trading, ini dikenalpasti berlaku dalam kes subprime. Iaitu apabila pihak bank pelaburan membeli MBS yang mewakili hutang perumahan tadi, mereka telah membayar sejumlah wang yang besar, dan kini mereka bergantung kepada bayaran hutang oleh peminjam-peminjam berisiko tadi. Tiba-tiba peminjam gagal membayar dan sebahagiannya diisytiharkan bankrupt meningkat, menyebabkan keuntungan yang pihak bank jangkakan tidak kunjung tiba, sebaliknya kerugian pula menjelma.


NYSE

KESAN TERBARU DI WALL STREET

Inilah yang berlaku kepada Lehman Brothers, sebuah syarikat gergasi di Wall Street yang diasaskan oleh Lehman berbangsa Yahudi, ia mempunyai nilai aset sekitar USD 600 billion (RM 2.4 trillion), syarikat ini juga mempunyai 25,000 pekerja di seluruh dunia. Tunjang bisnesnya adalah trading fixed-income assets, penyelidikan, pengurusan pelaburan and private equity. Syarikat ini runtuh kerana Riba, tamak dan sistem jualan hutang riba ‘debt trading’.

Lehman brothers adalah dealer yang terbesar dalam fixed interest security (iaitu pelaburan pulangan tetap – riba) yang terbesar di pasaran Wall Street dan mereka telah melabur dengan begitu besar dalam sijil-sijil boleh niaga yang disandarkan kepada US Subprime mortagage market. Namun ia gagal menjual lower rate MBS dari subprime yang dipegangnya. Dalam suku kedua tahun 2008 sahaja menyaksikan Lehman kerugian USD 2.8 billion dan terpaksa menjual asetnya bernilai USD 6 billion. [7]

Lehman

Seterusnya kerugiannya sebelum brankrup mencecah USD 7.8 billion, dan masih terdedah kepada kerugian USD 54 billion dari pegangan mortgage backed securities yang masih dimilikinya. Hasilnya, nilai sahamnya telah jatuh lebih dari 95%.

Akhirnya pada 15 September 2008, bank ini telah memfailkan bankruptcy chapter 11 [8], ketika itu statistik mencatakan Lehman mempunyai hutang sebanyak USD 613 billion, USD 155 billion lagi hutang dalam bentuk bond atau MBS tadi, dan asset keseluruhan mereka adalah bernilai USD 639 billion. [9]

Pada 22 September 2008 mereka telah ‘ditelan’ atau dibeli oleh sebuah lagi gergasi lain iaitu Barclays Bank PLC yang mempunyai asset sebanyak USD 2.7 trillion (lebih kurang RM 9.18 trillion) [10]. Namun, Barclays hanya membeli tunjang bisnes dan pentadbiran Lehman dengan harga USD 1.35 billion yang merangkumi ibu pejabat Lehman yang bernilai USD 960 juta dan beberapa yang lain. Untuk memahami betapa besarnya mereka, bandingkan dengan Aset Maybank Group yang hanya sekitar RM 260 billion. Bayangkan..

Selain itu, hasil dari masalah pinjaman riba tadi juga turut menyaksikan kejatuhan gergasi bank iaitu Merrill Lynch, sebuah bank pelaburan terkenal yang terpaksa dijual kepada Bank of America dengan harga USD 50 Billion untuk menyelamatkan dirinya.

Seperti Lehman Brother, Bank Merrill Lynch juga mengalami kerugian teruk akibat sijil-sijil pinjaman yang dipegangnya mengalami kejatuhan nilai setiap hari, menyebabkan pelaburnya kebimbangan. [11] Semuanya hasil ketamakan dan kini bala dari industri RIBA sudah tiba.

Bertali arus dari isu ini juga, sebuah gergasi insuran iaitu AIG turut menderita sekarang dan memerlukan suntikan wang segera bernilai berbillion dolar. Mereka telah memohon pinjaman kecemasan dari kerajaan Amerika yang dilaporkan bernilai USD 40 Billion.

Sebenarnya, setiap MBS yang dipegang oleh bank-bank pelaburan ini telah mendapat jaminan tidak akan berlaku default atau kegagalan pembayaran dari pihak peminjam, jaminan ini diberikan oleh dua syarikat tajaan kerajaan (Government Support Enterprises) yang besar iaitu Federal National Mortgage Association (Fannie Mae) dan Federal Home Loan Mortgage Corporation (Freddie Mac), yang mana mereka menjamin US mortgage market dengan nilai USD 6 trillion dari keseluruhan USD 12 trillion industri pinjaman perumahan US. Namun akhirnya, mereka turut ‘gulung tikar’ dan diambil alih sepenuhnya oleh Kerajaan US.[12]

Selain dari nama-nama yang disebut tadi, banyak lagi bank-bank pelaburan gergasi di Wall Street seperti Bear StearnsGoldman Sachs, dan Morgan Stanley terlibat dalam perniagaan sekuriti hutang. Justeru gergasi-gergasi ini juga sedang berpeluh kerisauan tentunya.

KESAN KEPADA ANDA?

Benar, anda tiada buku bank dan cek di bank-bank yang disebut tadi kerana mereka adalah bank pelaburan dan hanya berurusan dengan transaksi kewangan atas angin yang berniali billion dan ratus jutaan dollar. Kebanyakan financial instruments yang di gunakan oleh mereka untuk menghasilkan keuntungan juga jatuh merudum seperti derivatives.

Selaku individu biasa, anda memang tidak merasa kesannya secara langsung, namun ia akan datang secara tidak langsung.

Paling tidak, kejatuhan Lehman yang begitu besar memberikan kesan automatik kepada kejatuhan pasaran saham, harga saham-saham lain juga turut terkesan disebabkan pelbagai faktor sampingan lain seperti kepanikan pelabur yang dengan segera menjual saham-saham mereka.

Selain itu, oleh kerana Lehman adalah sebuah bank yang cukup besar, banyak bank-bank yang lebih kecil berurusan dengannya samada sebagai pelabur dan penyimpan. Semua bank-bank ini akan turut merasa kepanasannya.

Telah saya nyatakan tadi, gergasi insuran konvensional Riba iaitu AIG juga sedang bermasalah, jika ini gagal diselesaikan, semua syarikat di seluruh dunia yang punyai bisnes dengan AIG bakal merasai bencananya dan memburukkan lagi seluruh sistem ekonomi kapitalis ini.

Selain itu, setiap bank yang ada berurusan dengan Lehman Brothers juga mendapat tamparan secara langsung, lebih teruk lagi, bank-bank ini bakal gagal menunaikan janji mereka kepada para depositor di bank mereka, terutamanya bagi produk-produk fixed deposit. Pihak bank akan gagl memberikan kadar bunga yang dijanjikan. Lebih teruk dari itu, wang orang arami juga boleh hilang terus, tatkala itu syarikat insuran akan ‘bungkus’ juga.

Di United Kingdom, jika anda menyimpan di bank-bank tempatan, sekiranya terdapat mana-mana bank di UK lingkup akibat kesan di USA, simpanan yang terjamin selamat hanyalah £ 50,000 sahaja. Demikian tegas The Financial Services Authority (FSA). [13] Sebagai contoh, Jika anda punyai simpanan sebanyak £ 120,000, kemudian jika bank di UK jatuh bankrupt, semua wang simpanan akan hilang kecuali £ 50,000 sahaja yang akan dibayar semula kepada penyimpan.

Selain itu, semua kesan yang akan berlaku kepada Amerika bakal member kesan kepada ekonomi mana-mana negara yang banyak bergantung kepadanya, termasuk Malaysia.

Jika benar berlaku hyperinflation di Amerika, kita akan dapat melihat betapa banyak kesannya kepada Malaysia termasuk anda dan saya juga.

PANDANGAN ISLAM

Saya ringkaskan begini :-

1)       Sistem Islam terlibat dalam real market yang meniagakan aset dan bukannya mengenakan interest atas pinjaman wang dan penjualan hutang seperti yang banyak dilakukan di financial market, malah yang kebanyakannya tiada pun transaksi sebenar, fizikal dalam bentuk aset. Keadaan ini membuka ruang spekulasi yang berlebihan dan perkembangan industri riba yang akhirnya jatuh merudum.

2)       Sistem Islam tidak membenarkan kita memberikan pembiayaan peruamhan kepada mereka yang tidak punyai potensi untuk membayar semula, Ia memang kelihatan tidak toleran namun ia adalah sangat toleran dan lebih baik kerana tidak menghimpit mereka yang tidak mampu dengan hutang baru yang pastinya tidak akan mampu dibayar.

3)       Sistem Islam tidak menggalakkan hutang dan perkembangan industri hutang di luar kemampuan. Namun sistem jualan hutang (debt trading) meningkatkan potensi beban hutang lebih dari kemampuan sebenar. Jualan hutang yang dibenarkan oleh Islam hanyalah jika pada harga yang sama sahaja.

Berbeza dengan konvensional yang menjadikan jualan hutang dengan diskaun sebagai trend popular untuk mendapatkan kecairan.

Namun demikian, sebahagian besar ulama kewangan Islam di Malaysia membenarkan jualan hak hutang dengan harga lebih rendah dari niali hutang atas ijtihad mereka bahawa yang dijual bukanlah wang, tetapi hak maliah atau hak kewangan. Pandangan ini ditolak oleh majoriti ulama antarabangsa.

Prof. Dr Monzer Kahf berkata dalam konteks ini:-

Two main points are essential in this regards: elimination of debt trading in the Islamic econo-finance system is important. This is an essential result of the prohibition of Riba.

Once debts are no more discounted and traded, the financial market cannot be stretched beyond what the real sector can bear. In fact financing shall always be less that real market transaction because financial institutions require that certain portion of the transaction be financed by the parties themselves from equity.

This avoid the chain repercussion of any debt failure and this is a major cause of the trouble of major finance institutions in this crisis. The second lesson is never finance non- real transactions. that is eliminating most of the derivatives and their transactions that are essentially speculative and do not add value to the economy.

Besides these two points we have the moral issues of Islamic economics, but that is a little remote from the finance mentality and it is long term by definition and nature.

4)       Sistem Islam, tidak membenarkan  pelaburan dengan janji pulangan tetap sebagaimana yang dilakukan oleh MBS subprime. Ini akhirnya membebankan semua pihak terutamanya pihak yang berjanji, walaupun padaawalnya kelihatan menguntungkan. Bayangkanlah, pihak yang berjanji itu bukanlah kecil malah ia sebesar Lehman Brother.

Namun Allah SWT maha berkuasa atas segala sesuatu. Sistem Islam hanya membenarkan sistem pelaburan Mudarabah dan Musharakah. Kedua-duanya punyai cara dan undang-undang tersendiri dalam pengendalian kerugian, dan ianya adalah adil dan saksama, tidak seperti sistem kapitalis dan riba yang menimpa USA. Jika sistem pelaburan Islam diaplikasi, bencana seperti yang berlaku kepada subprime tidak akan menjadi seteruknya. (Maaf saya tiada kesempatan untuk menghuraikan kedua-dua sistem itu dengan terperinci dalam tulisan ini).

Sistem kewangan Islam juga mempunyai sijil niaga seperti MBS, namun ia di dasari oleh aqad Musharakah, Mudarabah, Ijarah dan lain-lain.

5)       Apa yang berlaku juga adalah hasil sistem ekonomi free market, iaitu membiarkan industri menentukan halatuju tanpa kawalan.Sistem ekonomi Islam menganjurkan kawalan pasaran oleh kerajaan dalam bentuk yang sewajarnya, sistem hisbah turut wujud bagi memantau aktiviti pasaran. Sebagai contoh, cara pembelian saham short selling adah haramdi sisi Islam, ia tidak dibenarkan di Malaysia, namun ia dibenarkan di Wall Street. Setalah kejatuhan teruk ini pada 19 September 2008, barulah mereka terkial-kial mengharamkan pembelian dan penjualan secara short selling terhadap 799 saham di Wall Street. Ini mewujudkan lebih ramai spekulator dan merosakkan penentuan demand and supply yang sebenar. Hasilnya, nilai sebenar terhalang oleh aktiviti spekulator.

ADAKAH SEMUA NEGARA TERMASUK NEGARA UMAT ISLAM AKAN TERKESAN

Satu persoalan yang timbul adalah adakah kejatuhan Wall Street akan pengaruhi nilai Dollar dan akhirnya menggangu guat semua nilai matawang dunia.? Bagaimana dengan negara umat Islam.?

Jawapannya, sudah tentu negara yang mengikat dan bersandar kepada ekonomi US akan merasai kesannya. Demikian juga mereka yang banyak berurusan dengan bank-bank US. Namun negara-negara Arab mungkin sedikit berbeza. Dr Monzer berkata :-

Although many Arab countries tie their currencies to the US$ but their economies are not in fact largely dependent on the American economy. They depend largely on their own resources and the momentum of domestic infrastructure and construction sector.

Further, I don’t think that finance markets in the gulf, Egypt, Turkey and other Arab countries are dependent on the American financial market, I think whatever these emerging markets are facing now is caused by local policy and construction rather than on the effect of the American finance sector, especially a good proportion of the banking system in the Gulf countries has already moved to Islamic finance that in fact shielded it from the current credit crisis that is basically a debt and mortgage crisis and Islamic finance in the ME does not trade debts. [14]

Justeru, Malaysia perlu melepaskan diri sedikit demi sedikit dari bergantung kepada USD dalam urusniaga antarabangsanya. Jika tidak, kita pasti akan terkesan dengan masalah ekonomi USA.

Sekadar itu dahulu yang sempat dan mampu dihuraikan. Diharap memberikan sedikit manfaat kepada kefahaman pembaca web ini berkenaan krisis ekonomi USA tahun 2008 ini.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

3 October 2008

4 Syawal 1429 H

Wales, United Kingdom



[1] http://biz.yahoo.com/ap/070312/mortgage_meltdown_q_a.html?.v=1

[2] Financial crisis and bailout: 9 letters“. Blogs.denverpost.com (September 27, 2008).

[3] http://en.wikipedia.org/wiki/Hyperinflation_in_Zimbabwe

[4] Benjamin, Matthew (September 24, 2008). “Paulson Plan May Push U.S. Debt to Post-WWII Levels (Update1)“, Bloomberg.

[5] http://faculty.chicagogsb.edu/john.cochrane/research/Papers/mortgage_protest.htm

[6] http://en.wikipedia.org/wiki/Mortgage-backed_security

[7] Jenny Anderson; Eric Dash (200808-29). “Struggling Lehman Plans to Lay Off 1,500“, The New York Times.

[8] http://en.wikipedia.org/wiki/Chapter_11

[9] Lehman Lists Debts Of $613 Billion In Chapter 11 Filing Monday“. Money.cnn.com.

[10] http://www.lehman.com/press/pdf_2008/0922_lb_open_under_barclays_ownership.pdf

[11] http://money.uk.msn.com

[12] http://en.wikipedia.org/wiki/Federal_takeover_of_Fannie_Mae_and_Freddie_Mac

[13] http://news.bbc.co.uk/1/hi/business/7650551.stm

[14] http://www.islamonline.net/livedialogue/english/Browse.asp?hGuestID=VeCtpd

1. Sebelum adanya Malaya dan Malaysia, semenanjung ini dikenali sebagai Tanah Melayu.

2. Hanya berkata ini akan sebabkan kita dituduh bersifat perkauman.

3. Untuk terangkan berkenaan asal-usul kontrak sosial Malaysia saya terpaksa imbas semula sejarah.

4. Melalui perjanjian-perjanjian yang ditandatangani Raja-Raja Melayu Semenanjung, British telah mendapat hak untuk menakluk Negeri-negeri Melayu. Perjanjian-perjanjian ini mengakui dan mengesahkan Negeri-negeri ini sebagai Negeri-negeri Melayu. Tidak ada sesiapa pun yang membantah. Orang Asli juga menerima keadaan ini dengan penerimaan oleh mereka pemerintahan Raja-Raja Melayu.

5. Pada mulanya penduduk yang tinggal di Negeri-negeri ini dibahagi kepada orang Melayu dan Orang Asli yang merupakan rakyat Raja-raja Melayu dan tetamu asing yang tidak dianggap sebagai rakyat kepada Raja-raja Melayu. Tidak ada kewarganegaraan mahupun dokumen berkenaan taraf kerakyatan sepertimana di kebanyakan negara-negara lain.

6. Tetamu asing ini hidup mewah di Negeri-negeri Melayu di bawah pentadbiran British dan di jajahan British di Pulau Pinang, Melaka dan Singapura. Orang Melayu yang menjadi rakyat kepada Raja-raja Melayu dan Raja-raja Melayu sendiri tidak sikitpun merasa tergugat dengan bilangan besar orang bukan Melayu dan perbezaan jurang kekayaan dan kemajuan di antara tetamu asing ini dan rakyat Raja-Raja Melayu. Mereka tidak terfikir yang orang asing yang menetap di negara ini akan menuntut hak kewarganegaraan.

7. Apabila Jepun menakluk Negeri-negeri Melayu dan Negeri-negeri Selat, orang Cina merasa tidak selamat kerana Jepun merupakan musuh tradisi mereka.

8. Ramai orang Cina telah menubuhkan dan menganggotai angkatan gerila dan lari ke dalam hutan. Apabila Jepun serah diri, gerila-gerila Cina ini keluar dan merampas balai-balai polis di kawasan pedalaman dan isytihar yang mereka adalah pemerintah negara ini. Mereka menangkap ramai orang, Cina dan Melayu dan beberapa daripada mereka ini dibunuh.

9. Orang Melayu di kampung-kampung membalas dengan membunuh orang Cina di kawasan luar bandar. Ketegangan timbul dan pertempuran antara Cina dan Melayu dielak hanya dengan kedatangan angkatan tentera British. Tetapi perasaan marah dan benci antara kedua-dua kaum ini tetap tinggi.

10. Di dalam keadaan tegang ini British mencadang penubuhan Malayan Union yang akan memberi “tetamu-tetamu” ini hak kerakyatan yang tidak membezakan mereka daripada orang Melayu.

11. Orang Melayu menolak Malayan Union dan cadangan hak kerakyatan ini. Mereka paksa British untuk kembali keapda keadaan asal atau status quo ante di dalam Persekutuan Tanah Melayu (Federation of Malaya) yang baru.

12. Hanya orang Cina yang menjadi rakyat Negeri-negeri Selat layak untuk mendapat kerakyatan di dalam Persekutuan yang baru ini. Sudah tentu warganegara keturunan Melayu jauh lebih ramai daripada rakyat Malaya yang berketurunan Cina.

13. Pemimpin-pemimpin Cina merayu kepada British, yang kemudiannya menekan Presiden UMNO, Dato Onn Jaafar supaya mencadangkan agar UMNO dibuka kepada semua kaum. Cadangan ini ditolak lain-lain pemimpin UMNO dan Dato Onn terpaksa melepaskan jawatan.

14. British terus beri tekanan kepada orang Melayu untuk bersikap lebih terbuka berkenaan soal kerakyatan bagi orang bukan Melayu.

15. Presiden UMNO Tunku Abdul Rahman memutuskan untuk menubuhkan pakatan dengan MCA (Malaysian Chinese Association) dan MIC (Malaysian Indian Congress). Dalam pilihanraya Majlis Perundangan Persekutuan (Federal Legislative Assembly) 1955, oleh kerana kurangnya kawasan majoriti penduduk Cina dan India, MCA dan MIC terpaksa letak calon mereka di kawasan yang mempunyai majoriti Melayu selepas UMNO bersetuju untuk tidak bertanding di kawasan-kawasan ini dan sebaliknya menyokong calon Cina MCA dan calon India MIC.

16. Begitu sokongan orang Melayu terhadap calon Perikatan MCA dan MIC hinggakan mereka menang walaupun menentang calon Melayu daripada PAS. Calon MCA dan MIC kesemuanya menang. Hanya UMNO kalah satu kerusi kepada PAS.

17. Tunku sebagai Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu kemudian memutus untuk menuntut kemerdekaan. British terus berkeras menuntut hak kerakyatan bagi orang Cina dan India sebagai syarat memberi kemerdekaan.

18. Untuk mengatasi halangan British terhadap kemerdekaan dan untuk memenangi sokongan orang Cina dan India Tunku memutuskan untuk beri satu juta kerakyatan kepada kedua-dua komuniti ini berdasarkan hanya kepada permastautin. Salah seorang rakyat baru yang menonjol ialah (Tun) Leong Yew Koh, bekas general di dalam angkatan tentera nasional China yang kemudiannya dilantik Gabenor Melaka.

19. Di peringkat ini pemimpin-pemimpin ketiga-tiga parti yang berdasarkan kepada kaum yang telah mendirikan Kerajaan pemerintahan sendiri di dalam Persekutuan Tanah Melayu (Federation of Malaya) British telah berbincang dan mencapai persetujuan berkenaan syarat perhubungan antara ketiga-tiga kaum di dalam Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka.

20. Ianya merupakan agihan yang sama rata. Sebagai balasan untuk satu juta kerakyatan bukan Melayu, orang bukan Melayu mesti mengakui kedudukan istimewa orang Melayu sebagai Bumiputera. Beberapa peruntukan undang-undang seperti kedudukan Islam sebagai agama rasmi, pengekalan tanah rizab Melayu, kedudukan Raja-raja Melayu dan adat istiadat Melayu dan pengagihan jawatan dalam Kerajaan juga termasuk di dalam persefahaman ini.

21. Dalam soal Bahasa Kebangsaan, Bahasa Melayu telah dipersetujui sebagai Bahasa Kebangsaan. Bahasa Inggeris pula sebagai bahasa ke-dua. Kaum Cina dan India boleh terus gunakan bahasa mereka tetapi bukanlah sebagai bahasa rasmi untuk berkomunikasi.

22. Sekolah rendah Cina dan Tamil juga boleh menggunakan bahasa masing-masing sebagai bahasa pengajar. Bahasa-bahasa ini juga boleh digunakan di sekolah menengah, tetapi hanya di sekolah menengah swasta.

23. Di pihak mereka pemimpin-pemimpin Cina dan India yang mewakili parti mereka menuntut agar kerakyatan dijadikan hak mereka yang tidak boleh ditarik balik, mereka dibenar kekalkan bahasa, agama dan budaya mereka dan sebagai rakyat mereka diberikan hak politik sepertimana yang diberikan kepada semua rakyat.

24. Kebanyakan persetujuan dan persefahaman ini terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu merdeka. Bagi setiap yang diperuntukkan kepada orang Melayu, akan sentiasa terdapat peruntukan bagi yang bukan Melayu. Tidak ramai yang sebut akan hakikat ini. Yang menarik perhatian ramai dan yang menjadi tajuk perbalahan ialah apa yang diperuntukkan kepada orang Melayu dan lain-lain kaum Bumiputera sahaja.

25. Demikian walaupun Bahasa Melayu dijadikan Bahasa Kebangsaan, bahasa Cina dan Tamil tetap bebas digunakan di sekolah Cina dan Tamil. Peruntukan ini tidak terdapat di mana-mana negara lain. Bahkan di negara-negara yang liberal sekalipun tidak terdapat jaminan seperti ini yang termaktub di dalam Perlembagaan.

26. Bahasa Kebangsaan ini haruslah dipelajari semua orang agar setiap warganegara Malaya dapat berkomunikasi antara satu sama lain di mana-mana sahaja.

27. Difahamkan bahasa Cina yang di maksudkan di dalam persefahaman tersebut adalah dialek-dialek Cina yang ditutur di Malaysia dan bukannya bahasa kebangsaan negeri China. Demikian bagi kaum India Malaya bahasa Tamil digunakan dan bukannya Hindi atau Urdu atau apa-apa bahasa pun yang menjadi bahasa Kebangsaan di India. Tetapi para pendidik aliran Cina kemudiannya mengguna Bahasa Cina yang menjadi bahasa Kebangsaan negara China iaitu Mandarin.

28. Islam adalah agama rasmi tetapi agama-agama lain boleh dipraktik penganut masing-masing tanpa apa-apa halangan. Sebagai agama rasmi Islam mendapat bantuan Kerajaan. Tiada tersebut tentang bantuan bagi mana-mana agama lain. Bukan Melayu tidak menekankan tentang ini dan Perlembagaan Persekutuan tidak pun sebut tentang bantuan Kerajaan terhadap agama lain. Namun sokongan dan bantuan tetap diberikan.

29. Kuota ditetapkan bagi kakitangan Kerajaan (Malayan Civil Service) dimana orang Melayu akan mendapat empat tempat bagi setiap satu yang diberikan kepada orang Cina dan India. Walaubagaimanapun, jawatan profesional diiktiraf terbuka bagi semua kaum kerana dianggap tidak mungkin terdapat cukup bilangan orang Melayu untuk mengisi jawatan-jawatan tersebut.

30. Hasilnya pada awal kemerdekaan terdapat lebih ramai kaum bukan Melayu daripada Melayu yang mengisi jawatan dalam Divisyen Satu.

31. Yang Di-Pertuan Agong atau Raja-raja Melayu akan menentukan kuota biasiswa dan lesen bagi orang Melayu. Tetapi tiada sesiapa yang akan dirampas mana-mana permit atau lesen hanya untuk diberikan kepada kaum Bumiputera.

32. Kedudukan Raja-raja Melayu termaktub dan tidak boleh dipersoalkan. Seorang Yang Di-Pertuan Agong akan dipilih daripada sembilan Raja-raja Melayu dan akan berkhidmat selama lima tahun.

33. Raja-raja akan menjadi Raja berperlembagaan. Kuasa eksekutif akan dilaksanakan oleh Menteri Besar, Ketua Menteri dan Perdana Menteri yang dipilih dan dibantu ahli majlis atau Kabinet. Amalan British dijadikan contoh.

34. Persetujuan yang paling penting ialah pelaksanaan Demokrasi Berparlimen digabungkan dengan Raja Berperlembagaan, sekali lagi seperti yang diamalkan di United Kingdom. Harus diingat pihak British telah mengenakan Kerajaan Kolonial kuku besi ke atas Negeri-negeri Melayu dengan kuasa diletak pada Pejabat Kolonial di London.

35. Sebelum ini Negeri-negeri Melayu diperintah secara feudal di mana Raja-raja Melayu mempunyai kuasa mutlak. Hanya golongan bangsawan yang memain peranan dalam politik negeri. Rakyat Melayu tidak langsung ada apa-apa hak politik. Sudah tentu tetamu juga tidak mempunyai suara dalam hal-hal berkenaan politik. Warganegara British keturunan Cina dan India juga tidak mempunyai apa-apa suara walaupun mereka boleh dilantik sebagai Ahli Kehormat Majlis Kerajaan Tempatan atau Perundangan.

36. Keputusan untuk melaksana sistem Kerajaan berlandaskan demokrasi merupakan satu langkah radikal di dalam pentadbiran Kerajaan di Persekutuan Tanah Melayu dan Negeri-negeri Melayu. Ini dipersetujui pemimpin ketiga-tiga kaum terbesar yang diwakili parti-parti politik UMNO, MCA dan MIC. Tidak syak lagi yang parti-parti ini mewakili sebahagian besar daripada ketiga-tiga masyarakat di Malaya. Pihak Komunis dan yang berhaluan kiri lain tidak menyatakan persetujuan mereka terhadap persefahaman ini.

37. Suruhanjaya Reid diberi penerangan tentang perjanjian dan persefahaman ini agar ianya akan dimasukkan kedalam Perlembagaan yang akan digubal. Ketiga-tiga parti meluluskan Perlembagaan yang digubal setelah beberapa pindaan dilakukan. Kesannya Perlembagaan ini menjadi kontrak yang mengikat ketiga-tiga kaum di Persekutuan Tanah Melayu menjelang merdeka pada tahun 1957.

38. Apabila Sabah dan Sarawak menyertai Negeri-negeri Semenanjung untuk membentuk Malaysia kontrak sosial ini di panjangkan kepada kedua-dua negeri ini. Orang Bumiputera Sabah dan Sarawak di beri taraf yang sama dengan orang Melayu. Pada masa ini juga perkataan Bumiputera diperkenalkan untuk membezakan orang Melayu dan orang Bumiputera Sabah, Sarawak daripada yang berketurunan pendatang. Kerana Bahasa Melayu dugunakan secara meluas di negeri-negeri Borneo tidak ada kesulitan bagi penerimaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Walaupun kaum Bumiputera di kedua-dua negeri ini bukan semuanya orang Islam ini tidak memerlukan pindaan kepada Perlembagaan apabila perkataan Bumiputera diterima. Tetapi definisi rasmi bagi orang Melayu tetap tidak berubah.

39. Oleh itu pembentukan kontrak sosial dimaktubkan dalam pertama, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dan seterusnya Malaysia. Untuk mengatakan yang ianya tidak wujud samalah dengan menidakkan kandungan Perlembagaan yang diasaskan kepada penerimaan oleh pemimpin-pemimpin ketiga-tiga kaum terhadap kontrak sosial yang asal.

40. Kesemua tindakan susulan oleh Kerajaan adalah hasil daripada kontrak sosial ini. Hakikatnya pencetus kontrak sosial ini dan pewaris-pewaris mereka yang diiktiraf rakyat di setiap Pilihanraya Umum menunjukkan kesediaan rakyat untuk menghormati kontrak sosial ini.

41. Menidakkan kewujudan kontrak sosial ini ialah seperti berkata yang Malaysia ini wujud di dalam suasana kekosongan, tidak ada Perlembagaan dan undang-undang yang berlandaskan kontrak ini.

42. Pelaksanaan kontrak sosial ini memerlukan pemahaman semangatnya yang mendalam. Kontrak sosial ini bertujuan mewujudkan satu negara berbilang kaum yang stabil dan harmoni. Apa jua faktor yang akan akibatkan ketidakstabilan dan menghasilkan ketegangan di antara kaum haruslah dianggap tidak sesuai dengan semangat kontrak sosial ini.

43. Selama 50 tahun tidak ada sesiapa yang menyoal kontrak sosial ini. Malahan hari ini pun majoriti kaum Cina dan India dan Bumiputera Melayu dan kaum Bumiputera Sabah dan Sarawak menerima kontrak sosial ini. Tetapi kerana Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi pada asasnya kalah dalam pilihanraya 2008 dan sekarang mengetuai Kerajaan yang lemah, pihak ekstrimis dan penyanggah sekarang ini mempersoalkan kontrak sosial ini. Majlis Peguam kini telah menjadi sebuah parti politik yang percaya bahawa kepakarannya dalam undang-undang akan mengecualikan ianya daripada dipersoal tentang kelayakannya dan objektif politiknya.

44. UMNO Abdullah tidak berdaya menangkis apa-apa serangan terhadap kontrak sosial ini. Jika apa-apa terjadi Abdullah dan UMNO harus dipertanggungjawabkan.

Saidina Umar Ab Aziz seorang khalifah yang diingati sejarah. Dan sejarah juga mencatatkan bagaimana Lim Guan Eng juga mengkagumi sejarah beliau menegakkan keadilan.

Macam orang Islam berkata dia kagum dengan Mahatma Ghandi atau Nelson Mandela, tentu ia sama sahaja kenyataan orang bukan Islam mengkagumi tokoh hebat Islam. Bahkan jika LGE ( LIM GUAN ENG ) juga mengkagumi Rasul kita, ia tidak bermakna LGE sudah masuk Islam dengan kenyataan manisnya itu.

Namun ia diberi publisiti hangat oleh PAS. Dan tentunya ia berkaitan ‘perkahwinan baru mereka ‘ atas nama “Agama Pakatan Rakyat ‘ yang sangat didominasi rakyat berbangsa bukan sama dengan Melayu iaitu Cina dan India.

Tidak perlulah saya mencatatkannya di sini bukti kenyataan LGE di atas kerana anda sangat mahir mencarinya sendiri. Jika kan saya yang buta IT ini boleh mencari dengan sedetik sahaja tentu anda dapat melakukannya dengan lebih baik lagi dari saya. Atau anda klik sahaja gambar di bawah jika susah mencarinya sendiri…

Namun apabila LGE meminta dan mendesak agar sesiapa dari Pakatan Rakyat dikenakan tindakan maka semua diam. “Umar Ab Aziz klon lagi local” kebanggaan PAS telah bersuara menunjukkan perasaannya yang sebenar. Yang hanya kagum di kala diangkat menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang untuk menenangkan hati orang PAS walhal arak dibiarkan dengan bebas di karnival anjuran kerajaan Negeri Pulau Pinang, sehingga menimbulkan bantahan MAIPP.

Maka saya tahu semua yang ada di dalam PAS sudah ‘hilang telurnya’ kerana sudah terikat tangan kaki mereka atas dasar perkahwinan yang tidak membenarkan kritikan sesama sendiri walaupun melibatkan soal soal agama.

Bahkan kerajaan disalahkan pula isu protes terhadap forum bernama Memeluk Islam itu walhal proksi PKR dan PAKATAN RAKYAT sendiri yang menganjurkannya. Sila lihat bagaimana mereka menyokong dengan jelas sekali agenda PR di blog mereka klik sini.

Moralnya : kenyataan orang politik harus dibaca dengan berhati hati. Apatah lagi dari jenis kafir harbi yang memang mendendami Islam hingga ada kawan separtian mereka berkata : langkah mayat dia dulu jika hendak tegakkan negara Islam..

Adakah dia mahu dibunuh dengan berkata begitu ? Jangan cabar mencabar takut ada yang ‘terbakar’….

http://lot250.blogspot.com

Perletakan jawatan DS Wan Azizah sebagai Ahli Parlimen pada 31 Julai 2008 telah memberi satu ‘exercise’ kepada Pakatan Rakyat (PR) & Barisan Nasional (BN) untuk menilai sejauh mana keinginan rakyat samada untuk meneruskan momentum perubahan atau membuat u-turn kepada BN.

Apa jua yang hendak diperkatakan dan telahpun diulas oleh ramai pihak, saya merasakan… insyaAllah kemenangan PR dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh sukar disekat.

Yang mungkin menjadi pertarungan sekarang ini ialah bukan soal menang atau kalah, tetapi adalah untuk melebarkan @ mengurangkan majoriti undi (sebelum ini PR menang dengan majoriti 13,388 undi). Mungkin tidak mustahil BN boleh mengembalikan keputusan dalam PRU 11 (hanya kalah majoriti 590 undi). Tetapi melihat kepada riak sekarang ini, ia seperti sukar berlaku, insyaAllah.

Saya rasa data-data pada PRU 12 mungkin boleh bermanfaat untuk pilihan raya kecil ini, walaupun mungkin ada sedikit perubahan kepada penambahan & pengurangan jumlah pengundi :

Jumlah Pengundi : 58,449
Peratusan Kaum :
o Melayu : 68.5%
o Cina : 24.79%
o India : 6.3%
o Lain-lain: 0.41%

Melihat kepada angka tersebut, boleh disimpulkan, undi orang Melayu akan menjadi penentu kepada ‘kemenangan’ nanti. Senario ‘swing’ undi orang Melayu kepada PR dalam PRU 12 terlalu kecil berbanding dengan ‘swing’ undi orang Cina & India kepada PR.

Ini mungkin akan menjadi ‘test’ kepada PR & BN untuk melihat sejauh mana penerimaan orang Melayu kepada gaya pemerintahan PR di Pulau Pinang. Samada ia diterima atau tidak, sedikit sebanyak ia akan menyumbang kepada jumlah undi nanti.

Untuk pergi jauh lagi, saya kerap diajar untuk menilai sesuatu isu dengan kaedah SWOT (Strengths – Kekuatan, Weaknesses – Kelemahan, Opportunities – Peluang & Threats – Ancaman). Pastinya ia sedikit sebanyak dapat melihat sejauhmana kemampunan PR & BN untuk menghadapi pertembungan ini. Sedikit SWOT Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh secara rambang untuk dikongsi :

PAKATAN RAKYAT

1. Kekuatan

  • Jentera yang kuat, terutama sokongan jentera dari PAS
  • Faktor calon (DS Anwar Ibrahim) yang sememangnya mempunyai pengaruh besar di Permatang Pauh
  • Sokongan padu dari masyarakat Cina & India
  • Penambahan & pengurangan para pengundi tidak banyak berubah dengan para pengundi PRU 12

2. Kelemahan

  • Ketidakmampuan untuk menandingi media mainstream terutama untuk counter-attack isu yang dilemparkan oleh BN
  • Hubungan diantara parti-parti dalam PR tidak utuh sebagaimana BN ditambah dengan isu ‘muzakarah’ PAS dengan UMNO

3. Peluang

  • ‘Mood’ para pengundi tempatan untuk mengangkat DSAI sebagai PM kuat
  • Simpati pengundi terhadap DSAI
  • Isu ekonomi terutama ‘isu harga minyak’
  • Isu kelemahan pentabiran Pak Lah

4. Ancaman

  • Serangan fitnah kepada isu peribadi DSAI (isu liwat & agen Amerika) dengan disokong media mainstream
  • Ketidakpuashatian orang melayu dengan pentadbiran kerajaan pimpinan DAP di Pulau Pinang
  • Pengundi hantu pastinya berkeliaran pada hari membuang undi
  • Taburan sogokan berbentuk wang sukar dibendung
  • Sikap terlalu yakin mencapai kemenangan

BARISAN NASIONAL

1. Kekuatan

  • Kekuatan jentera terutama sokongan dari jentera kerajaan
  • Sokongan dari media mainstream

2. Kelemahan

  • Tiada calon yang berkemampuan (termasuk Ezam) untuk menandingi kewibawaan DSAI
  • Kelesuan jentera BN & mengharapkan ganjaran


3. Peluang

  • Bajet 2009 yang akan dibentangkan akhir September pasti digunakan sebaik mungkin
  • Ezam akan dipergunakan habis-habisan oleh BN untuk menyerang DSAI

4. Ancaman

  • Inflasi yang semakin meningkat
  • Isu kenaikan harga minyak yang masih gagal diterima oleh rakyat
  • Isu pembunuhan Altantuya (dikaitkan dengan pimpinan BN) pasti digunakan secara maksima oleh PR
UCAPAN PRESIDEN UMNO MERANGKAP PERDANA MENTERI
TUN HAJI ABDUL RAZAK BIN HUSSEIN
DI PERJUMPAAN KHAS KETUA-KETUA UMNO MENGENAI
KONSEP KERAJAAN CAMPURAN PERIKATAN/PAS
DI DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA,
KUALA LUMPUR PADA 22hb DISEMBER, 1972

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada saudara-saudara sekalian terutama mereka yang datang dari jauh, khasnya pemimpin-pemimpin UMNO dari tempat-tempat yang dilanda banjir, untuk menghadiri Perjumpam Khas Ketua-ketua UMNO yang bersejarah pada pagi ini. Sesungguhnya, Perjumpaan Hari ini mempunyai makna yang besar, bukan saja kepada Parti kita UMNO, bahkan juga kepada perkembangan politik tanahair, yang mana Parti kita adalah pelopor utama semenjak dua puluh enam tahun dahulu.

Perhimpunan ini membuka lembaran baru dalam sejarah politik dan perpaduan bangsa Melayu, menguatkan lagi solidarity kebangsaan dan harmoni antarabangsa di Malaysia ini. Ia juga memberi sumbangan kepada pembangunan Negara dalam context yang lebih besar dan luas.

Seperti yang saudara-saudara sedia maklum, tujuan kita berhimpun di sini hari ini ialah untuk memberi kesempatan kepada saya menerangkan konsep dan implikasi pembentukan Kerajaan Campuran antara Parti kita dengan Parti Islam atau PAS bagi timbangan dan penerimaan saudara-saudara sekalian.

Konsep Kerajaan campuran ini adalah merupakan satu langkah lagi kehadapan bagi melaksanankan hasrat National Front atau Barisan Kebangsaan bagi menjamin kejayaan perpaduan rakyat serta pembangunan ekonomi dan masyarakat yang lebih adil, kuat dan mewah di negara kita ini.

Saudara-saudara tentulah masih ingat iaitu kemungkinan membentuk kerjasama untuk Kerajaan campuran dengan PAS ini telah pun saya bayangkan dalam Persidangan Agung UMNO bulan Jun lalu berdasarkan pada hakikat kejayaan Parti sahabat kita, Parti bumiputra di Sarawak dengan SUPP dan selepas itu Parti Perikatan dengan P arti Gerakan di.Pulau Pinang. Kemudian dari itu kita telah maju setapak lagi dalam usaha inidengan tercapainya persetujuan mengadakan Kerajaan Campuran bersama Party Progresif Rakyat di Perak

Oleh kerana tidak ada sebarang bangkangan terhadap gagasan itu malahan para perwakilan UMNO telah memberi tepuk sorak yang gemuruh, maka ini dengan sendirinya memberi dorongan dan semangat kepada saya serta rakan-rakan saya dalam Majlis Kerja Tertinggi untuk meneruskan usaha-usaha itu.

Syukur Alhamdullilah, berkat kebenaran kita dan kejujuran perjuangan Parti kita, usaha yang baik ini telah mendapat sambutan dari pihak PAS. Saya beserta Tun Dr. Tsmail telah mengadakan pertemuan pertama dengan pemimpin-pemimpin PAS pada bulan September, sejurus sebelum saya memulakan lawatan rasmi ke Eropah Timur. Dalam perundingan yang diadakan secara ikhlas, terbuka dan mesra itu, jelas nampaknya tidak ada perbezaan tentang matlamat perjuangan kita dan apa yang diperjuangkan oleh PAS. Hasil perundingan pertama itu mencapai persetujuan pada dasarnya mtuk mengadakan Kerajaan Campuran Perikatan PAS.

Di sini saya sukalah mengulangi, apa yang saya rasakan satu kejayaan besar bagi kita, bagi.UMN0 khasnya, apabila Parti Islam memberikan sokongannya kepada Pindaan Perlembagaan Negara dan seterusnya kepada Dasar Ekonomi Baru Kerajaan semasa sidang-sidang Parlimen tahun 1971 dahulu. Titik persefahaman tentang masaalah-masaalah penting menghadapi bangsa dan Negara telah wujud semenjak masa itu.

Barangkali baik juga saya terangkan bahawa dalam perundingan itu pihak PAS menegaskan keutamaan kepada memelihara kebesaran ugama Islam dan usaha melaksanakan dasar Kerajaan mtuk meninggikan martabat Islam. Dalam hal ini, saudara-saudara sedia maklum bahawa Kerajaan Perikatan telahpun dan sedang mengambil dan menjalankan segala langkah dan usaha untuk meninggikan dan mendaulatkan ugama Islam di negara kita ini dalam berbagai bentuk dan cara. Saya rasa tidaklah perlu saya butirkan satu persatu, namun memang banyak bukti yang ada didepan mata seperti masjid-masjid dan surau-surau baru, sekolah-sekolah ugama, gerakkan dakwah, pelajaran tinggi Islam dan di samping itu usaha yang menjadi nama Negara Malaysia terkenal dan harum di seluruh Negara Islam, iaitu pertandingan Membaca Al-Quran selama empat belas tahun. Segala ini adalah hakikat yang sebenarnya.

Begitu juga dalam lapangan memperbaiki akhlak dan membersihkan rohani, kita sentiasa menjalankan apa-apa jua usaha yang patut. Di dalam melaksanakan rancangan-rancangan pembangunan kita sentiasa menerangkan iaitu sambil mengejar kemajuan jasmani dan kebendaan, kita serentak bersama-sama menggalakan kemajuan rohani.

Saudara-saudara,

Dalam perundingan-perundingan selanjutnya dengan pemimpin-pemimpin PAS, kita telah pun dapat persetujuan detail mengenai bentuk Kerajaan Campuran yang akan dilaksanakan itu. Saya ingin mengumumkan di sini bahawa konsep Kerajaan Campuran itu dilaksanakan pada kedua-dua peringkat Negeri dan Pusat, yang bermakna bahawa Parti Islam akan menjadi anggota Kerajaan.Y.A.B. Datuk Haji Mohd. Ami, Presiden PAS dan Menteri Besar Kelantan, telah bersetuju memasuki Kabinet sebagai Menteri Kerajaan
dan beliau akan diberi sebuah Kernenterian yang sesuai yang akan saya umumkan serentak dengan perubahan Kabinet sebelum akhir tahun ini iaitu pada 28hb Disember, 1972 ini. Di samping itu, seorang anggota PAS akan dilantik menjadi Setiausaha Parlimen.

Pada peringkat Negeri pula, telah pun dipersetujui bahawa Perikatan akan mendapat dua kerusi Exco di Kelantan, dan sebaliknya PAS akan mendapat dua kerusi Exco di Trengganu dan Kedah.

Selain dari itu, kita juga telah bersetuju untuk menimbangkan perlantikan pemimpin-pemimpin dari PAS yang berkelayakan dan menasabah untuk menjadi anggota-anggota Jawatankuasa-jawatankuasa, Lembaga-lembaga dan Badan-badan Berkanun. Pihak PAS juga telah bersetuju untuk menimbangkan perlantikan pemimpin-pemimpin UMNO di Kelantan untuk menjadi anggota-anggota Jawatankuasa, Lembaga dan Badan-badan Berkanun dalam Negeri itu.

Sebuah Jawatankuasa Penyelaras akan juga d i tubuhkan yang anggotanya terdiri sama banyak di antara PAS dengan kita. Perikatan bagi pihak kita, saya bercadang hendak melantik pemimpin-pemimpin UMNO dari Pusat, Kelantan, Terengganu dan Kedah mtuk menjadi ahli-ahli Jawatankuasa Penyelaras itu.

Dalam mencapai persetujuan itu, saya suka menerangkan bahawa kita sebagai Parti yang besar yang memegang tampuk Kerajaan sekarang mustahaklah bertimbang rasa dan bermurah hati sedikit memandang kepada kepentingan Bangsa dan Negara pada masa akan datang. Saya yakin dengan izin Tuhan apabila konsep Kerajaan Campuran telah dipersetujui, maka perpaduan di kalangan orang-orang Melayu akan bertambah kuat dan meluas dan ini akan membawa kepada kestabilan, kemajuan dan kemakmuran rakyat dan Negara. Kesan atau impact Kerajaan Campuranan sudah tentu adalah sangat baik di kalangan bangsa kita yang akan memberi kita semua lebih keyakinan dan tekad baru dalam perjuangan kita sekarang dan pada masa akan datang.

Dengan terlaksananya konsep percaturan tadi, maka tidaklah lagi ada pertentangan antara sesama kita dan terpulanglah kepada kejujuran serta keikhlasan kedua-dua pihak menghormati persetujuan itu serta bersama-sama mentadbirkan negara untuk kemajuan dan kebahagiaan rakyat.

Saudara-saudara

Selain dari persetujuan di atas, baiklah saya terangkan juga kedudukan mengenai kerusi-kerusi pilihanraya yang jatuh kosong dan cara penyelesaiannya. Bagi tempoh pilihanraya yang berjalan sekarang, kerusi yang dipegang oleh Perikatan tidak akan dipertandingkan dengan PAS dan begitu juga bagi kerusi yang dipegang oleh PAS bila tidak bertanding. Jadi kawasan Parlimen Kuala Kedah yang dikosongkan oleh Y.T.M. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj) tidak akan dipertandingkan oleb PAS. Sebaliknya kawasan pilihanraya Negeri Kota Bharu Tengah yang akan dikosongkan oleh Datuk Asri kita tidak akan meletakkan calun. Ini bolehlah dianggap sebagai ujian pertama persetujuan konsep Kerajaan Campuran yang sama-sama dicapai itu. Berkenaan kawasan-kawasan yang dimenangi oleh PAS pada tahun 1969 tetapi anggota-anggota atau wakil-wakil rakyatnya telah masuk UMNO, jika ada pilihanraya kecil, maka penetuan calun akan dirundingkan.

Seterusnya, kawasan pilihanraya parti lain yang jatuh kosong akan dirunding dan dipertimbangkan menurut keadaan samada akan dipertandingkan oleh Perikatan atau PAS. Tidak ada pesetujuan yang dibuat mengenai kedudukan Pilihanraya Umum yang akan datang dan ini hanya akan dirundingkan apabila tiba masanya kelak.

Saudara-saudara,

Itulahah butir-butir besar berkenaan konsep Kerajaan Campuran yang telab dipersetujui oleh kedua belah pihak bagi melahirkan “sifat Kerajaan Campuan Perikatan-PAS” di semua peringkat yang dirasakan menasabah dan memuaskan kedua-dua pihak. Saya percaya saudara-saudara bersetuju dengan saya, Tun Dr. Ismail dan pemimpin-pemimpin Tertinggi UMNO yang lain bahawa butir-butir persetujuan ini adalah adil dan saksama kepada dan juga PAS.

Dalam pada itu, patut juga saya mengingatkan bahawa Parti kita UMNO dan Perikatan adalah sebuah Parti yang teragung dan terkuat sekali dalam Negara kita dan dasar Parti kita tidak berubah dengan wujudnya Kerajaan Campuran Perikatan-PAS ini. Bagi melahirkan Kerajaan Campuran ini, PAS telah dengan secara langsung menerima konsep dan dasar perjuangan UMNO dan Kerajaan Perikatan kerana, kalau tidak, masakan ia mahu bekerjasama, apa lagi masuk berkongsi dengan kita memerintah Malaysia dan Negeri-negeri Kelantan, Kedah dan Trengganu.

Saudara-saudara

Sekianlah penjelasan yang ingin saya sampaikan mengenai konsep Kerajaan Campuran dan butir-butir persetujuan yang telah dicapai. Saya berterimakasih kepada Y.A.B. Datuk Asri dan rakannya atas semangat kejujuran dan pengertian yang ditunjukkan oleh mereka dalam beberapa perundingan yang berlangsung antara pihak PAS dengan Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri, Tun Dr Ismail dan saya. Kita semua berharap semangat ini akan sentiasa dikekalkan oleh kedua-dua pihak supaya pelaksanaan Kerajaan Campuran ini berjalan dengan teratur dan sempurna bagi kebaikan bangsa, dan tanahair kita Malaysia yang dicintai. Kita telah fikir habis-habisan dan semasak-masaknya dan mendapati bahawa inilah, menerusi Kerajaan Campuran ini, satu-satunya jalan keluar bagi memecahkan pertelingkahan tidak persefahaman politik di kalangan bangsa kita selama ini.

Kita mengetahui juga iaitu Konsep Kerajaan Campuran ini telah dibincangkan dengan hangatnya dalam kongres PAS yang berlangsung sehari suntuk semalam. Tetapi syukur kita bahawa pihak Datuk Asri dan penyokong-penyokong konsep ini telah mendapat kemenangan undi yang agak besar. Dalam masa pihak kita dan pihak PAS menimbangkan perkara ini, kita dapati ada pihak-pihak dan golongan-golongan samada dalam negeri dan juga Iuar negeri yang menjalankan hasutan-hasutan terhadap pihak PAS khasnya dan cuba campurtangan dengan tujuan yang tertentu supaya menentang konsep Kerajaan Campuran. Kita faham ada negara-negara luar yang tak suka parti dan Kerajaan kita kuat kerana mereka bimbang yang mereka itu tak boleh mempengaruhi kita.

Saya suka menegaskan di hadapan saudara-saudara sekalian Kerajaan yang saya pimpin hari ini dengan izin Tuhan tidak akan dipengaruhi oleh mana-mana pihak khasnya kuasa-kuasa luar kita akan menjalankan dasar berpandu semata-mata kepada kepentingan negara dan rakyat. Kita menjalankan tugas-tugas dengan iman yang kuat dan jiwa yang bersih.

Saudara-saudara

Tugas yang kita hadapi untuk dua tiga tahun ke hadapan ini amatlah berat oleh kerana kita semua ingin mencapai matlamat-matlamat Dasar Ekonomi Baru dalam Rancangan Malaysia Kedua dengan seberapa penuh kejayaan. Dengan belakunya Kerajaan Campuran ini maka kita semakin hampir kepada kepada pembentukan National Front yang memberi jaminan besar untuk eketeguhan dan ketahanan Negara. Marilah kita berdoa mudah-mudahan Allah memberkati segala usaha kita dan melindungi Negara serta rakyat dari segala bencana.

Saya sedia memberi keterangan-keterangan yang lanjut jika ada soalan-soalan dari wakil-wakil.

Terima kasih.

Kita semua kaum Cina di mana sahaja kita berada mestilah berbangga dengan bangsa kita; samada Cina Amerika, Cina Singapura, Cina Taiwan dan Cina Malaysia. Kita mestilah mengekalkan identiti kita. Di Malaysia, kita mesti memberitahu anak-anak kita dan mengajar mereka cara-cara perjalanan halus. Setakat ini oleh kerana kedudukan kita, kita tiada pilihan untuk memilih kerajaan yang majoritinya dikuasai oleh orang Melayu. Tetapi kita sedar dibidang perniagaan dan perindustrian, orang Melayu tidak ada melainkan mengekalkan bangsa kita (Cina) sebagai unsur utama meninggikan ekonomi Malaysia dengan meletakkan keutamaan Bahasa Mandarin atau Kantonis di dalam akhbar tempatan sebagai syarat penerimaan atau syarat kelayakan perlu. Maka orang-orang Melayu tentunya terpinggir dari bidang pekerjaan tersebut.

Jika kita lihat sejak kebelakangan ini, memang terdapat banyak pekerjaan didalam akhbar dan website cari pekerjaan yang meletakkan syarat mesti pandai berbahasa Mandarin. Setiap kali terdapat syarat tersebut, pemikiran saya akan mencari-cari “role and responsibility” yang mewajibkan seseorang itu mesti pandai berbahasa Mandarin. Dalam banyak kes, saya gagal untuk mencari jawapannya. Bayangkanlah, kerja di Malaysia yang berurusan dengan 90% orang Melayu pun perlu kemahiran bahasa Mandarin? Malah, Pak Lah sendiri pernah mengeluarkan kenyataan mengenai perkara ini di dada akhbar tapi tidak diambil endah.

Jadi kita mengambil kesempatan ini atas kedudukan kita dan meminta hak-hak politik. Orang-orang kita yang bergiat di bidang pelajaran hendaklah pastikan bahawa generasi yang akan datang tidak akan diajar segala pengorbanan orang Melayu, terutama sekali dalam pelajaran sejarah, Ilmu Alam dan lain-lain mata pelajaran, baikpun di sekolah rendah mahupun di sekolah menengah. Kita mesti mengajar anak-anak dan anak orang Melayu supaya mempunyai pendirian bahawa kejayaan itu bergantung semata-mata atas kebolehan. Untuk tujuan ini kerajaan Singapura yang kita harus banggakan kerana telah berjaya memecah-belahkan orang-orang Melayu dengan cara membahagikan mereka kepada banyak puak seperti Banjar, Acheh, Bugis, Mandaling, Boyan dan lain-lain. Dari kesannya jiwa Rancangan ini, orang Melayu yang dulunya merupakan 19% daripada penduduk Singapura, sekarang hanya tinggal 10% sahaja. Sekarang mereka tiada pilihan melainkan memuji kerajaan Singapura kerana memberi mereka satu kestabilan, keadilan dan harapan untuk masa depan iaitu mana-mana bentuk yang kerajaan suka dan fikirkan, pasti mereka terima, sebabnya orang Melayu di sanatiada mempunyai suara lagi dan mereka akan tetap menemui kegagalan.

Sememangnya konsep pecah dan perintah telah diamalkan oleh PAP Singapura untuk memecahbelahkan Melayu Singapura. Di Singapura, orang Melayu telah dipinggirkan dalam bidang ekonomi dan politik malah tidak akan dibenarkan jawatan-jawatan penting dalam kerajaan. Perkara ini memang tidak dapat dinafikan lagi. Tetapi kaum Cina Singapura tidak pula dipecah-perintahkan mengikut suku/asal tempat mereka di negara China. Penulis ini kelihatan mempunyai banyak pengetahuan mengenai kehidupan dan percaturan politik di Singapura. Mungkin dia berasal daripada Singapura dan bukannya Malaysia.

Sebagai orang Cina tulin, saya juga berbangga dengan cara yang dilakukan oleh En. Lim Chong Eu di Pulau Pinang untuk memecah-belahkan orang-orang Melayu di sana. Beliau telah berjaya mengambil tanah-tanah orang-orang Melayu dan memajukannya sebagai kawasan perumahan dan perindustrian. Oleh kerana harga rumah-rumah itu terlalu tinggi bagi orang Melayu, mereka tiada keupayaan langsung untuk memiliki rumah-rumah tersebut. Polisi ini tidak sahaja harus dilakukan di Pulau Pinang, tetapi juga di lain-lain tempat selain bandar-bandar besar seperti Ipoh, Kuala Lumpur, Seremban, Melaka, Johor Bahru dan Kuantan. Kita orang Cina harus mara ke Alor Setar, Kangar, Kota Bharu dan Kuala Terengganu.

Dato Seri Dr Lim Chong Eu adalah Ketua Menteri Pulau Pinang selama 21 tahun. Dia adalah antara tunjang utama yang menubuhkan Gerakan. Jika anda tertanya-tanya kenapa Melayu Pulau Pinang dipnggirkan. Jawapannya mungkin ada di dalam artikel di atas.

Tujuan kita ialah untuk menguasai segala kegiatan perdagangan yang berkaitan dengan bahan makanan, enjin, bank-bank serta pertanian. Alasan yang munasabah perlu dicari dan dikemukakan kepada kerajaan untuk menaikkan harga barang-barang keperluan harian. Inilah yang kita akan terus gunakan untuk mendapatkan kekuasaan politik di Malaysia.

Sejak kebelakangan ini, banyak harga barang naik secara mendadak. Kadang-kadang alasan yang diberikan oleh pihak pengeluar, peladang dan peternak seolah-olah tidak masuk akal langsung. Harga daging yang murah hanya daging lembu berkaki pendek yang perternakannya melebihi keperluan domestik.

Oleh kerana kita telah kukuh di bidang Antarabangsa, kita mesti menganggap bahawa saluran penyebaran am yang ada pada kita. Setakat ini, dunia menganggap bahawa kerajaan Malaysia sekarang ada
lah anti Cina dan Pro-Melayu dan juga kita orang Cina ditindas. Orang Cina tersingkir dari kebanyakan peluang, itulah anggapan mereka. Juga bahawa kepakaran dan titik peluh kita telah tidak diberi dan mendapat ganjaran yang sepatutnya. Walau bagaimanapun, kebelakangan ini terdapat langkah-langkah yang diambil oleh elit-elit Melayu untuk mengubah gambaran ini dan menyuarakan apa yang sebenarnya berlaku. Kita sebaliknya mematahkan langkah-langkah itu sebelum ianya berjaya dilaksanakan. Dalam bidang politik, orang-orang Cina haruslah bergembira dengan perpecahan demi perpecahan terlibat di kalangan orang-orang Melayu dengan keluarnya Pas dari Barisan Nasional, keluarnya ahli UMNO ke parti KeAdilan dan semakin perpecahan itu menguntungkan kita.

Ini sudahpun berlaku, apabila ramai orang UMNO sendiri mengundi PKR dan PAS dalam PRU-12. Ini kerana mereka berjaya memperkudakan Dato’ Seri Abdullah Badawi yang sememangnya lemah dan tidak bijak.

Saya sebagai orang Cina, sangatlah bergembira untuk memberitahu anda bahawa salah satu sebab penyingkiran itu adalah jarum dan tindak-tanduk teman-teman kita Gerakan dan MCA di dalam Barisan Nasional dan DAP dari luar.

Saya yakin memang DAP bertanggungjawab secara langsung tetapi tidak mungkin dilakukan oleh MCA dan saya tidak pasti Gerakan terlibat.

Sekarang tibalah masanya untuk kita menanam perasaan benci di kalangan orang-orang Melayu terhadap pemimpin mereka. Kalau kita bijak menjalankan operasi kita, kita akan berjaya mengasingkan Perdana Menteri sekarang ini yang terlalu jujur menjadi seorang Ahli politik. Kalau kita orang-orang Cina bersatu, kita berjaya memecah-belahkan Dato’ Sri Dr. Mahathir Mohamed dengan Dato’ Sri Anwar Ibrahim, kumpulan Abdullah Ahmad Badawi dengan Kumpulan Najib Tun Razak.

Tidak dapat saya nafikan Perdana Menteri ke-5 adalah PM yang paling lemah serta lembab pernah memimpin Malaysia. Maka, ramailah yang cuba mengambil kesempatan. Sememangnya inilah yang telah dilakukan oleh DAP sepanjang kempen PRU-12. Mereka secara terus-terusan menanam kebencian orang Melayu kepada pemimpin mereka sendiri.

Apabila British meninggalkan Malaysia, pemerintahan adalah di tangan beberapa orang Melayu pilihan. Kita ketahui bahawa pemimpin-pemimpin Melayu ini kiranya disukai oleh orang Melayu sendiri. Pada keseluruhannya, mereka adalah orang-orang miskin tetapi bernafsu besar. Kita berkeupayaan memberikan apa yang mereka mahu. Kita akan terus mendapat apa yang kita kehendaki dari mereka. Kemudian sesudah kita memberi mereka secukupnya, kita akan mendedahkan mereka ini. Kita akan meminta mereka supaya dilucutkan daripada jawatan-jawatan mereka. Kita tidak akan rugi apa-apa dengan pemecahan itu, malah menguntungkan orang-orang Cina. Pekerjaan ini mesti dijalankan dengan licin, supaya intelek-intelek Melayu tidak akan menyedarinya. Setakat ini kawan-kawan kita di bidang perniagaan telah berjaya mengenepikan Dr Mahathir, Dr Abdul Rahman Yaakob dan semua pelampau-pelampau dalam UMNO termasuk juga sector kerajaan.

Perkara inilah yang berlaku dikalangan pemimpin-pemimpin UMNO. Mereka gelojoh mengumpul wang dan harta dengan mengambil rasuah. Hakikat sebenarnya, ini adalah perancangan licik yang telah dilakukan oleh puak pro-DAP untuk menjatuhkan mereka. Untuk pengetahuan semua, Tun Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman bin Ya’kub adalah bekas Ketua Menteri Sarawak dan kemudiannya dilantik sebagai Yang Di Pertuan Negeri Sarawak.

Kita orang-orang Cina harus bangga kerana orang-orang Melayu yang menerima rasuah ini telah diletakkan di badan-badan berkanun. Di UDA kita telah mendapat keuntungan yang banyak walaupun orang kita nombor dua di situ. Mereka yang tidak mempunyai pandangan yang kuat akan terus sanggup menjual orang-orang dari bangsanya sendiri, kiranya mereka diberi apa yang mereka kehendaki dan kita pula hendaklah menggunakan kelemahan mereka ini untuk kepentingan diri kita.

Sememangnya ramai pemimpin Melayu hari ini yang sanggup mengadaikan bangsa dan agama sendiri demi kepentingan peribadi. Ini berlaku dalam UMNO, PKR dan PAS.

Kita akan gagalkan mereka dengan Tentera Darat, Laut dan Udara. Kita akan terus gagalkan mereka dalam polis. Kita telah buktikan bahawa tanpa kita orang-orang Cina, mereka tidak akan mendapat apa-apa maklumat berkenaan dengan kegiatan Komunis. Kita juga perlu bekerjasama dengan pergerakan di bawah tanah kerana tujuan kita adalah sama iaitu menguasai Malaysia. Kepada kita, caranya tidak lain sama ada menerusi politik atau perjuangan bersenjata. Satu perkara lagi yang patut kita gunakan adalah kebencian yang ada pada orang-orang Melayu dengan Sultan-Sultan mereka. Kita mesti menguatkan lagi kebencian ini supaya apabila orang-orang Melayu tidak mempunyai kepercayaan terhadap Sultan-Sultan mereka, mereka akan hilang suatu simbol perpaduan dan kita dengan mudah sahaja dapat membawa mereka kepada kemusnahan mereka sendiri.

Jika anda tidak perasaan, salah satu agenda DAP ialah memastikan peruntukan ketenteraan diperkecilkan. Jika jumlah peruntukkan kecil, maka bilangan tentera Malaysia juga perlu diperkecilkan. Ini adalah kerana selain Sultan, tentera Melayu adalah “our last line of defence”. Jika dikecilkan tentera, maka senanglah mereka dapat dikawal. Mereka jugalah yang bertanggungjawab untuk memburukkan imej polis seperti yang telah dilakukan oleh pemimpin DAP. Ini untuk menimbulkan kebencian orang Melayu kepada anggota keselamatan. Mengenai Sultan dan Raja-raja pula, saya sudah banyak menemui orang Melayu yang mempersoalkan keperluan wujudnya mereka dalam konteks politik hari ini. Kita lihat selepas PRU-12, Sultan-sultan di negeri Perak dan Selangor telah berjaya menghalalng DAP daripada menjadi MB dan TMB. Sekiranya BR menang besar di Parlimen, Agong juga akan menjadi “our last line of defense”

Untuk membuktikan apa yang saya katakan, sebagai seorang Cina, kita tahu kerajaan Malaysia sekarang lemah. Kelemahan ini terbukti dengan kegagalan mengawal harga barang-barang keperluan. Kita boleh menurun mana-mana cukai dengan menurunnya harga buah oren menjelang Tahun Baru Cina, tetapi kerajaan tidak berbuat demikian apabila tiba Hari Raya orang-orang Melayu kerana saya tidak pernah ingat harga buah Kurma diturunkan menjelang Hari Raya.

Ini memang terbukti berlaku. Harga barang-barang keperluan asas sendiri ayam, daging, ikan, minyak masak, telur, gandum, gula dan sebagainya akan naik mendadak semasa hari perayaan seperti Aidilfitri dan Aidialha. Walau bagaimanapun, pada hari Tahun Baru Cina, harga ayam tidak naik, malah saya perhatikan harga ikan yang mahal-mahal pun turun. Makanan dalam tin dan buah oren serta airk kotak pun turun mendadak. Bayangkan harga sekotak oren 5kg yang baik kualitinya ialah kurang daripada RM7? Dapatkah anda harga itu selepas Tahun Baru Cina?

Pemimpin-pemimpin Melayu bertujuan untuk menolong orang-orang melayu dalam rancangan Malaysia ke-7. Kita orang-orang Cina harus menunjukkan sokongan kita terhadap rancangan ini kerana kita tahu mereka tidak akan mencapai matlamatnya. Di sebaliknya, apabila mereka hendak memajukan rancangan Felda, kita orang-orang Cina akan mendapat keuntungan melalui pembinaan jalan, pembinaan bangunan, pembinaan rumah-rumah, parit, pemotongan pokok, penyediaan tanah dan lain-lain. Segala bentuk pembangunan akan membawa keuntungan kepada orang-orang Cina, yang juga bermakna kejayaan serta kekayaan orang-orang Cina akan bertambah.

Sekarang ini saya percaya, orang-orang Cina sudahpun memegang 60% daripada kekayaan negeri ini termasuklah tanah. Sebaliknya orang-orang Melayu hanya memegang 3% berbanding kurang 40% kepunyaan asing. Kita tidak boleh berpuas hati. Kita orang Cina hendaklah mendapatkan kekayaan orang-orang asing ini sebelum ianya jatuh ke tanga
n orang-orang Melayu. Taktik kita memberi saham kosong kepada orang-orang Melayu hendaklah disambung terus kepada orang-orang Melayu ini dan akan mengenepikan orang-orang Melayu lain daripada memasuki bidang kewangan terutamanya sebagai akauntan.

Apa yang dimaksudkan oleh saham kosong ialah meng”alibaba”kan orang Melayu dengan melantik mereka sebagai pengarah-pengarah syarikat bagi melepaskan syarat status syarikat bumiputera yang dikehendaki kerajaan apabila membida tender.

Di bidang pelajaran kita mesti mewujudkan Universiti Merdeka secepat mungkin. Kita mesti terus menghantar beribu-ribu anak-anak kita ke Hong Kong, Taiwan , Amerika atau di mana-mana di dunia ini. Apabila mereka pulang kita akan memasukkan mereka di sektor-sektor Swasta yang mengandungi 80% daripada peluang pekerjaan. Oleh kerana keadaan ini, kerajaan sekarang ini yang pro-Melayu tidak akan berjaya menguasai keadaan pasaran. Petani-petani yang terdiri dari 75% orang-orang Melayu terus tidak bertanah. Nelayan akan tetap miskin oleh kerana pegawai-pegawai kerajaan mereka sendiri sudah tidak boleh dipercayai lagi.

Sejak kebelakangan ini graduan Melayu memang susah mendapat pekerjaaan. Saya dan rakan-rakan yang sudah bekerja melihat sendiri bagaimana anak-anak Melayu yang berkebolehan dinafikan hak untuk mendapat pekerjaan di syarikat-syarikat besar.

Orang Cina harus menolong untuk memusnahkan segelintir pegawai-pegawai Melayu yang dedikasi dengan membawa mereka ke golongan kita. Kita dengan demikian diharapkan akan membuat mereka gagal dalam tujuan asal mereka. Ini kita pastikan lakukan dengan usaha bersama antara sektor swasta atau kerajaan.

Saya yakin kenyataan “segelintir pegawai-pegawai Melayu” ini adalah orang seperti Tun Dr Mahathir Mohammad, Prof Diraja Ungku Aziz, Datuk Dr. Harun Din dan sebagainya.

Beberapa di kalangan Cina mungkin bertanya sama ada boleh atau tidak mengambil alih negara ini dengan pasukan tentera. Saya menjawab, mereka hanya general-general bodoh. Lihatlah sahaja kelulusan mereka dan pengalaman mereka dan lihat pula apa yang berlaku di Indonesia. Di Indonesia mereka semua boleh dibeli. Jadi, setelah kita memegang kuasa politik, kita boleh ketepikan pasukan tentera ini. Kita orang-orang Cina mempunyai kebolehan untuk bermuka manis dan dipercayai oleh orang-orang Melayu dan kita harus memainkan peranan kita dengan baik. Kita akan terus bermanis muka dengan berkawan bersama mereka kerana waktu ini kita belum boleh menunjukkan niat dan belang kita yang sebenar. Contoh yang paling konkrit kita mengalami kekalahan teruk dalam atasan dan saya tahu apa yang ada di dalam otak mereka dan apa yang difikirkan.

Mereka amat yakin dapat menguasai jeneral-jeneral tentera dengan wang ringgit dan pangkat. Tetapi mereka takut tidak dapat menguasai tentera bawahan, maka mereka sedaya upaya cuba mengurangkan jumlah tentera dengan mengguna alasan sebagai pembaziran dan sebagainya.

Pada keseluruhannya, pemimpin-pemimpin sekarang sedang takut menemui pengundi mereka. Kita mesti mengumpulkan tenaga dan usaha mematahkan mereka dengan cara perlahan-lahan. Pada masa yang sama juga kita mesti perkuatkan dan mengapi-apikan risauan kesangsian orang-orang Melayu terhadap pemimpin-pemimpin mereka. Ini kerana terlalu jelas ketidakstabilan dan kemiskinan masyarakatnya. Akhirnya diharapkan mereka ini tidak akan berminat untuk mengundi dan membiarkan takdir yang menentukannya.

DAP telah berjaya mengapi-api orang Melayu membenci pemimpin sebangsa. Ini terbukti dengan kekalahan teruk ramai pemimpin Melayu dalam PRU-12

Kita akan membuat penentuan ke atas mereka dan masa depan mereka kerana orang-orang Cina akan menjadi pemimpin-pemimpin mereka itu.

Sedih tapi benar. Saya yakin jika keadaan seperti hari ini berlaku, orang Melayu bukan lagi menerajui negara Malaysia.

Oleh Dr. Ng. Seng

Nama penulis rencana ini agak pelik kerana hanya mempunyai 2 nama. Kebiasaanya, orang cina mempunyai 3 nama. Saya rasa selepas nama “Ng” itu sepatutnya adalah koma dan bukannya titik noktah. Kemungkinan pelajar yang menterjemaahkan rencana ini tidak begitu fasih berbahasa Mandarin dan tidak dapat meneka simbol tulisan komplex Mandarin lalu hanya meletak nama Seng dan tidak dapat meneka makna simbol nama satu lagi. Saya tertanya-tanya sama ada terjermaah yang nama betul ialah Dr Ng. Eng Hen yang pernah belajar undang-undang di University College London